Monday, October 1, 2012



"Perkara ini biar diuruskan sendiri oleh Datuk Mansor. Kita perlu hormat dia selaku Pengerusi PKR (Parti Keadilan Rakyat) negeri," kata Lim Guan Eng...Agaknya hormat yang macam mana dimaksudkan oleh Guan Eng?? Berlutut minta maaf padanya atau letak jawatan...

Setahu EP..Lim Guan Eng seorang yang sombong, angkuh dan besar kepala..."ala..nama pun tokong" jadi dia mau 24 jam orang sembah padanya..Tak kiralah dah minta maaf ke belum..sesiapa yang menentangnya sudah pasti akan menerima nasib malang...

Dah banyak kes yang berlaku di Pulau Pinang...sesiapa saja lawannya akan ditendang keluar dari memengang jawatan...Cuba tengok apa yang berlaku pada Fairus TKM 1 yang lepas, Tunku Aziz...Jadi..adakah Mansor akan menerima nasib yang sama seperti itu...sama-sama kita tunggu kesudahannya...

**Agak-agaknya Anwar akan pertahankan Mansor atau turut kemahuan Guan Eng??



Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terus menerima tekanan apabila diminta 'menguruskan' sendiri isu kontroversi menggelarkan Lim Guan Eng sebagai angkuh dan sombong.
Kali ini gesaan berkenaan datang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri yang mahu timbalannya menyelesaikan segera isu tersebut.
"Perkara ini biar diuruskan sendiri oleh Datuk Mansor. Kita perlu hormat dia selaku Pengerusi PKR (Parti Keadilan Rakyat) negeri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Lim berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar kontroversi yang timbul antara pemimpin utama Pulau Pinang itu diselesaikan secara profesional.
Tegas Karpal penyelesaian itu tidak perlu melibatkan parti yang diwakili oleh kedua-dua pihak, sebaliknya diselesaikan secara peribadi.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Mansor yang menafikan pernah menggelar Lim 'sombong dan angkuh', penafiannya itu bagaimanapun telah memakan diri apabila rakaman percakapannya pada mesyuarat strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada April lalu di sini, didedahkan.
Mesyuarat itu antara lain berkisar soal pembahagian kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13 dan peluang memenanginya.

4 comments:

Anonymous said...

anuarkan gile nak jadi PM, mesti ler dia ikut cakap guan eng. Goodbye Mansor

Mohamad Rudy said...

Lu sembah itu tokong laaa

Anonymous said...

ala..anuar takut ngan cina kurang ajar ni

Anonymous said...

"uruskan sendiri tu" maksudnya nak kena tendang keluar dari PR la. Padan muka dengan org macam mansor ni, baru dia tau yang dia tu dipergunakan saja.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.