HOT : DR ASRI DAKWA ULAMA UMNO HANYUT KERANA WANG..BETUL KE?? @ustazfathulbari



Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

** Betul ke apa yang didakwa oleh Dr Asri - Ulama UMNO hanyut kerana wang??..Bagi EP ini satu tuduhan yang agak berat...
HOT : DR ASRI DAKWA ULAMA UMNO HANYUT KERANA WANG..BETUL KE?? @ustazfathulbari HOT : DR ASRI DAKWA ULAMA UMNO HANYUT KERANA WANG..BETUL KE?? @ustazfathulbari Reviewed by Empayar Pemuda on 2:45 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Ini kenyataan Maza yang paling bodoh. Jangan pandai cakap je, kasi buktilah. Rakyat pun nak tahu ulamak mana yang dapat duit tu?

    ReplyDelete
  2. Adakah di Kelantan 'ulamak' pas tak beri duit pada pengundi kerana nak dapat undi? Kenyataan "tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik" terlalu umum tapi tanya ulamak di negeri yang dikuasai oleh pembangkang jugak. Depa lagi sibuk nak berpolitik supaya kekal dalam jawatan.

    ReplyDelete
  3. dakwaan Dr Asri menerima tajaan biasiswa dari White House yg sampai sekrang masih tiada penafian dan penjelasan dari dr Asri, adakah Dr. Asri telah hanyut dalam arus dana wang yahudi yg telah banyka membunuh umat Islam di afghanistan, iraq, dan palestine?
    Sila jawab dr asri...jangan tak jawab?
    atau dr benar2 sudah hanyut dibuai kenikmatan dana-dana white house aka yahudi?!!!!
    http://www.anwaraidc.com/?p=27651
    paku dulang paku serpih...
    Meskipun dr. Bekas Mufti perlis,dan memiliki ilmu agama yg tinggi, tp tidak bermakna ilmu tinggi adalah baik dan taqwa disisi ALlah. org yg bertaqwa akan menyeru org buat baik dan tegah dari buat dosa. Dan tidak mungkin akan menyeru orang lakukan dosa walau sekecilmanapun dosa itu.
    Tapi dr.Asri ni, memang bahaya kerana MENYERU@ menyarankan agar umat Islam buat dosa khususnya para ustaz. lihat aurat itu dosa, apatah lagi tengok adegan cium mulut org kafir... tak percaya, dr asri mmg ada sarankan umat islam tengk dosa tersebut, klik http://via.me/-55odhr4
    klik sblm kena padam kelak.

    ReplyDelete
  4. Di Bawah Naungan Yang EsaOctober 24, 2012 at 4:10 PM

    Wahai Mohd Asri, adakah anda semasa menjawat jawatan Mufti berkhidmat secara sukarela.

    Adakah setiap yang anda lakukan untuk Islam itu sukarela.

    Adakah anda hidup dimuka bumi ini hanya dengan ehsan dan sedekah.

    Ataupun anda ini sudah sedia dari keturunan golongan manusia yang tidak memerlukan apa-apa ganjaran kerana usaha anda ditanggung oleh harta anda yang melimpah ruah.

    Mohd Asri berilah satu pendapat yang jitu pada dan jujur.

    Sekiranya anda dipihak yang benar jangan lah takut dan kuatir untuk sebut Ulamak2 yang saudara maksudkan.

    Janganlah hanya lidah berani ucap tapi badan amat takut untuk menanggung.

    Jangan terlalu mudah untuk memunafikan diri anda.

    ReplyDelete
  5. ada lesenka@layakkah sijahil-jahil pro umno ni nak bagi komen???ha,ha,ha,ha,,,

    ReplyDelete
  6. Saya mendapati Sinar Harian menganjurkan Debat dgn mengundang beberapa individu kontroversi sbg penarik spr dlm debat ini. Presiden PUM sepatutnya menggantikan dr asri. SH menggunakan Debat utk melariskan jualan, menunjukkan kononnnya SH tidak berat sebelah tanpa ambil kira implikasi kpd rakyat ramai dan negara. Tidak kena mengundang dr maslee sbg moderator kecuali utk menarik audiens dan mendapatkan berita sensasi. Saya sejak dulu berkeyakinan bhw dr asri adalah ilmuan tanpa amal!

    ReplyDelete
  7. kau ni memang bacul lah asri, kau lah us cari makan kerna pengecut tak de telur,dan sentiasa nak play safe supaya kau di angap tidak berat sebelah, cuba tanya diri kau sendiri betul ke aku ni bacul? jawapan nya memang betul, rakyat malaysia bukan bodoh seperti yang kau fikir, jangan selalu mencari salah org nanti tkut kau tak sedar diri dan sentiasa ingat diri kau perfact jer...betul kata kau ulamak pakar dalam ilmu agama tpi tak de pengetahuan dlm kendalikan hal politik dan mentadbir kan negara yg berbilang bangsa dan agama, cuba kau masuk dalam politik kalau kau betul2 ikhlas nak membantu rakyat dan umat islam seperti yg di laku kan olih us fathul bahri tu,mcm tu baru org respect kerna sangup di hina dan digelar us sesat, anjing dan berenang dlm kolam najis seperti yg di uchap kan olih us azhar idrus dari pas tu sentiasa ingat dia je yang betul mcm kau tu ular dalam semak,ulamak yg tak bertangung jawab cuma tau lontar kan tuduhan2 tapi tanpa bukti itu ulamak munafik nama nya.kalau sekadar nak komen org dari luar jer aku pun bolih buat, itu tak kena ini tak kena, kau tau tak masalah dalam politik? dan menjadi pemimpin negara yg nak jaga semua kaum dan bangsa dan agama? kau bolih lah hanya ckp pasal agama je!!! cuba fikir2 kan seperti kata ismeth penbaca berita tu, sia sia je kau belajar agama, tapi hati busuk mcm bangkai.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.