Tuesday, October 9, 2012


Wow..romantiknya aksi Nora Danish dengan Adi Putra dalam filem Aku Terima Nikahnya...bukan main daring lagi lakonan mereka..macam real suami isteri...

Walaupun Nora Danish akui gementar apabila digandingkan dengan Adi Putra dan terpaksa beraksi dengan cukup intim sebagai pasangan suami isteri di dalam filem ini tetapi mereka berjaya membawa watak mereka dengan baik...Hehehe ramai yang akan cemburu bila melihat aksi mereka dalam filem ini..

Disebabkan keintiman Nora Danish dan Adi Putra filem ini telah diklasifikasikan sebagai PG 13..Kira hebat la aksi mereka ni sampai budak kecik tak leh tengok..
 
Ini reaksi Nora Danish bila ditanya mengenai watak yang dibawanya dalam filem tersebut...

"Sudah pastinya saya rasa gementar. Untuk Aku Terima Nikahnya, saya harus menjayakan watak sebagai isteri yang antaranya memerlukan saya memegang tangan suami (Adi Putra) sepanjang masa untuk jangka waktu yang lama. Ada juga adegan kami berpeluk, bertemu muka dan berada dalam kedudukan yang sangat rapat.
"Saya hormat dengan status Adi Putra dan perasaan isterinya. Adegan sedemikian pasti akan dipertikaikan tetapi ia dibuat sedemikian untuk menunjukkan kemesraan dan keintiman di antara pasangan Johan dan Arlisa, bukan saya dan Adi Putra.
"Saya harap penonton dan masyarakat umum akan lebih bersikap terbuka dan melihat ini daripada sudut lakonan sahaja dan bukannya mereka melihat Nora Danish dan Adi Putra yang sebenar,"jawab Nora Danish yang pertama kali melakonkan watak romantik serius dalam Aku Terima Nikahnya.
** EP pun tak pasti nak ucap taniah ke apa kerana berjaya membawa watak tersebut dengan baik...








0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.