Friday, October 19, 2012


Hanya kerana lewat menghantar air suam  yang dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), setelah ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa,  Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi serta kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan setelah dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.

Gambar pelanggan itu dibelasah dapat dirakam melalui CCTV permis berkenaan. Suspek lelaki yang berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan dan bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempaskan mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.
Setelah ‘menggusti’ mangsa hingga lembik serta berlumuran darah, suspek melepak di premis terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu 2 jam kemudian.
Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu lalu bergegas ke tempat kejadian. 

3 comments:

Anonymous said...

masuk lokap la pastu..rasa la..nak tunjuk handal sgt..

Anonymous said...

Sgt bodoh bila aksi dirakam cctv. Boleh lah tunjuk handal ko dlm lokap dan mahkamah nnti.

Anonymous said...

yg dok kat tepi tu tukang tengok saja ke? Jgn la macam tu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.