Saturday, October 27, 2012


Sukanya Nik Aziz...Tak pernah lagi EP tengok ada mana-mana pemimpin dari mana-mana parti yang membela Nik Aziz sampai macam ni... Tu yang sampai bagi surat penghargaan...



Ayat tak tahan untuk hari ini..."Keberanian Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook mempertahankan Islam di parlimen"...hebat..DAP mempertahankan Islam?? Untuk politik DAP sanggup lakukan apa saja asalkan dapat memastikan penyokong-penyokong PAS mengundi calon DAP...



Jom kita tengok apa Roketkini laporkan....

Keberanian Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook mempertahankan Islam di parlimen daripada penghinaan dan tohmahan bertubi-tubi oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek telah menerbitkan rasa terharu di hati Mursyidul-am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP, menerima sepucuk surat daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan hari ini yang merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih Tuan Guru Nik Aziz kepada Anthony atas keberanian beliau berhujah di Parlimen.

Anthony dilaporkan begitu bersemangat mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz daripada penghinaan berterusan MCA sehingga menepuk meja Parlimen, menyebabkan Speaker Dewan mematikan mikrofon beliau dan menghalang beliau dari terus berhujah.


Di laman sosial Facebooknya Anthony berkata, “Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.

“Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

“Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!” – Roketkini.com

1 comments:

Anonymous said...

Mcm surat istana. SUP Nik Aziz kuat bodek

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.