Monday, October 8, 2012



Hari ini laman blog ROTIKAYA melaporkan khabarnya M. Nasir sekarang ni semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang...Buktinya apabila Azmin Ali  memuatnaik sebuah video lagu yang bertajuk "Panji Keadilan" yang dinyanyikan oleh  M Nasir...
EP tak pasti sama ada M Nasir terlibat secara langsung dengan PKR atau hanya sekadar menyanyikan lagu tersebut..(mungkin bayarannya tinggi) tetapi bagi EP, reputasi M Nasir sebagai sifu dalam industri hiburan Malaysia pasti tercemar selepas ini...Sama-sama kita nantikan jawapan daripada M Nasir sendiri...
Sebelum ini M Nasir pernah mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi..."SIAPA MAHATHIR"
Adakah kita masih ingat ungkapan ini? Memang kedengaran agak kasar dan biadap bilamana seseorang individu negara jiran yang telah mendapat taraf PR(permanent resident) di bumi bertuah Malaysia menyatakan dengan sombong ungkapan tersebut. Siapa lagi jika bukan M.Nasir.. Ramai rakyat mahupun pihak media mencemuh beliau kerana menyatakan ungkapan biadap tersebut dan akhirnya beliau(M.Nasir) memohon maaf terhadap Tun Dr.Mahathir yg ketika itu masih menjawat jawatan Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia. Ikhlas atau tidak, wallahualam... 
Ikuti pendedahan yang dibuat oleh ROTIKAYA...
Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik’nya.
Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di’khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.
Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di’nyanyikan oleh M. Nasir.
Walaupun tidak di’nyatakan dalam deskripsi video, ia’nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di’cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.
Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di’heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.
Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lain’nya.

15 comments:

Anonymous said...

Xpe kita dgr penjelasan dari m.nasir dahulu..!!!

Melayu Raya said...

Dah jemu dok Malaysia kot.....

Anonymous said...

Caitttt.... Apa nak peduli ngan dia nie... Duduk Malaysia cari makan tapi xkenang budi pemimpin kita... "SIAPA MAHATHIR?" Besar kepala dia kan?

Orang ni yang kita dok angkat sangat nie... Dasar Melayu Singapore y lupa diri..

Anonymous said...

mELAYU RAYA!AWAT HANG INGAT MALAYSIA NI PAK HANG PUNYA KOT...

AkuMelayu said...

melayu singapore x sedar diri...

"Siapa Mahathir??" soalan kurang ajar dari seseorang yang terang-terang hidup dengan hasil pendapatan yang bukannya datang dari negara beliau sendiri....

Anonymous said...

Makin ramailah manusia yang bukan lahir/tumpah darahnya di bumi Malaysia ini yang nak menjadi pengkhianat. Mesti kod IC M Nasir ni 71 macam yg lain2 tu.

Anonymous said...

reputasi M Nasir sebagai sifu dalam industri hiburan Malaysia pasti tercemar selepas ini??? Why nak tercemar pula. Hak dia. Berani kerana benar

Anonymous said...

Bangkitlah wahai Melayu. Zaman dah berubah. BN tak abis2 dgn korupsi so go to hell

Anonymous said...

Kata malaysia ni demokrasi,itu hak rakyatla.klu semua xboleh confirm kerajaan skrg ni kuku besi.apa daaa..relax ar beb,sape nk undi bn undilah bn,sape nk undi pkr silakn.boringla kerajaan skrg ni..ape pon xbleyy..

kluangman said...

Hak m.nasir nak sokong siapa memang hak dia

Tapi hak kami nak pertikaikan dia kenapa tak boleh?

hangkedee said...

Sila baca e mail fandi ahmad jutawan sukan singapork...baru ada akai.PAP=DAPig.

ABE said...

Tun M adalah orang banyak membangunkan Malaysia kalau ko orang nak tahu..budi beliau menaikkan nama Malaysia di mata dunia tidak terhingga..rajin-rajin lah cari proses pembangunan Malaysia selepas Merdeka..jangan la jumud sangat. ni asyik menafikan hakikat yang telah tertulis sebagai sejarah Malaysia..apa lago yg pencacai PR ni nak..nak solat pon tak susah..sepanjang lebuhraya dah ada tempat solat..nak pegi haji pon mudah..Kerajaan MAS dah uruskan.. kemudahan pendidikan pon mudah...semuanya mudah..Bangun jer tido, x perlu fikir takut nak kuar rumah...pegi jer keja mcm biasa...bila lepas kerja, balik rumah mcm biasa..main ngan anak2...hairan aku klu pencacai PR ni masih cakap yg x seronok dok MAS...klu nak tahu nikmatnya dok kat MAS, cuba la tinggal 4-5tahun di luar MAS...pasti ko tahu kebahagiaan tinggal di MAS...KERAJAAN BAGI BONUS, PEMBANGKANG AMBIL JUGA..BODOH PUNYER PENCACAI PR!!!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah kiranya benar M Nasir mempunyai kesedaran untuk bersama memperjuangkan dunia seninya seiring dengan manifestasi ajaran Islam. Ianya merupakan permulaan yang baik kerana membina sistem ekonomi, politik, pendidikan malah sosial dan hiburan semestinyalah berlandaskan akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Memandangkan keruntuhan teruk ahklak generasi Muda (lebih teruk lagi melibatkan anak tokoh2 politik dan korporat2 yg tidak perlu disebutkan nama), ianya merupakan suatu tuntutan Fardhu Kifayah yang sangat mendesak dan kritikal pada masa kini. Saya doakan semoga ramai lagi para artis yang akan kembali ke jalan yang benar dan seterusnya membantu membentuk sahsiah diri remaja dan masyarakat. WBP, biarlah tanggungjawab itu dilaksanakan dengan iklas tanpa mengira politik. Yang hendak diperbaiki adalah masyarakat tidak kiralah masyarakat itu berlatarbelakangkan mana2 parti. Kita letakkan niat perjuangkan Islam dulu. Parti mana yang akan menang dan meneruskan legasi keindahan, kekuatan dan keharmonian Islam itu, Allah will decide. Kenapa saya berkata begitu , ini kerana jarum yahudi boleh menembusi mana2 parti pun tidak kira BN atau PR. Sesungguhnya Kebangkitan Islam di akhir zaman adalah sesuatu yang “inevitable”. Saya doakan yang terbaik untuk kegemilangan Islam. Amin

Anonymous said...

gimik aje nih

Anonymous said...

Apa2 pun BN ker @ PR ker, tak perlu lah nak kutuk2 sana sini... kita rakyat malaysia, bersatu hati lah... biarpun berlainan parti. Bg topik M.Nasir tu, lagu yang dinyanyikan x perlu ler nak sentuh bayaran tinggi ker aper... kita x tau pun sbnarnya dia dpt payment brapa byk? dh dia dapat job utk nyanyi dan ader payment, dia nyanyi ler... Lg satu, bg soalan siapa mahathir?, kita siasat betul2... ada yg x tau @ terlepas pandang isu itu... jika betul, beri bukti, jgn letak komen tanpa bukti sbb fitnah tu dosa besar... Ingat yer sahabat2, kita ader 5 rukun negara... renung2kan dan hayati serta amalkan... Perkara strusnya, nak boring2 ngan kerajaan skrg aper sbb... singkap smula sejarah yg ader, jgn suka2 nak boring... yg positif kita jdkan tauladan, yg negatif kita jdkan sempadan... terima kasih semua... bersatu kita teguh...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.