Friday, October 26, 2012



Sebagai seorang ulama (bukan EP kata tapi puak-puak PAS yang kata) Nik Aziz sepatutnya tidak bercakap begitu terhadap mangsa rogol..

Setahu EP kita sebagai orang Islam (lagi-lagi seorang ulama/tok guru) tak boleh menegur sesuatu kesalahan itu dengan cara membabi buta tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur.. tambah- tambah lagi ketika berdakwah..

Bukan ke Islam mengajar umatnya..kalau nak tegur orang tu..tegur dengan cara yang baik..
Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
EP rasa cara yang seeloknya ialah dengan memberikan nasihat kepada ‘mangsa’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. 

Sebagai orang Islam kita mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

EP rasa semua orang tahu Nik Aziz ni seorang yang pendendam tapi janganlah kita menggunakan teguran atau nasihat itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? 

Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar...

EP sokong 100% dengan kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Fathul Bari mengenai isu ini...Jom layan...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.