Wednesday, October 24, 2012


Alahai manjanya pelakon cantik, Fazura di sisi buah hatinya, Tengku Mahkota Johor. Bagai pinang dibelah dua, sama kacak sama lawa!

Bilalah agaknya mereka akan menamatkan zaman bujang. Tidak elok perkara baik dilambatkan, takut nanti ada orang yang ‘dengki’ pula.

Bukan apa, menerusi gambar yang dimuat naik dari laman Facebook ni, ada insan yang mula cemburu dengan Tengku Mahkota Johor.

Mereka ni perasan yang Fazura tu ibarat kekasih hati mereka.

Kelakar pun ada, oleh kerana terlalu obses pelakon kesayangan mereka, ada yang mengatakan sanggup melakukan apa saja demi Fazura.

Biasalah tu, peminat.. Mereka memang sering bercita-cita untuk sentiasa dekat dengan artis kegemaran masing-masing.

Apa-apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka.

** Jangan kata peminat lain..EP pun jeles gak...hehehehe

- Suarapeople

2 comments:

bhar zul said...

TMJ ada lah bakal menjadi sultan Johor pada masa hadapan. Dia pewaris takhta dan akan menjadi kata pemutus kepada soal soal yang melibatkan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu diJohor suatu masa nanti. Mohon diletakkan batasan didalam hal hal seperti ini. Sama ada kerabat atau orang biasa, tunang sekali pun, tidak manis memeluk meluk seorang bakal sultan sehingga boleh merendahkan martabatnya dikhalayak. TMJ tidak ada ADC yang boleh melindunginya daripada diperlakukan sedemikian sehingga boleh menimbulkan celaan dan teguran rakyat?

Anonymous said...

setuju ngn pendapat di atas...seelok2 nya calon utk di jadikan pasangan bknla sekadar glamour dan cantik..(yang mana pada pndgn saya artis berkenaan biasa2 sahaja)..dan yang terlebih peluk pula ialah artis berkenaan juga....saya rasa kurang sesuai untuk diangkat or menjadikan artis berkenaan sebagai mahkota hati seorang sultan. adat, adab dan agama perlu di utamakan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.