EP SETUJU DENGAN CADANGAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR....



Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Jumaat mencadangkan agar kanak-kanak diberi makan dan menonton wayang secara percuma sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.
Beliau berkata restoran dan panggung wayang wajar menjalankan tanggungjawab sosial untuk meraikan kanak-kanak yang bakal menjadi pewaris negara.
"Dulu, apabila kami menyambut Hari Kanak-kanak, kami bukan sahaja berkumpul di stadium, kami juga boleh masuk ke mana-mana restoran atau panggung wayang secara percuma. Saya pun berasa hairan macam mana amalan itu dihentikan sekarang.
"Jadi, saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kementerian berkenaan untuk berbincang dengan pengusaha restoran dan panggung wayang agar kanak-kanak boleh menonton wayang dan makan secara percuma pada Hari Kanak-Kanak," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di sini hari ini.Tema sambutan tahun ini ialah 'Karisma Kanak-Kanak: Serlahkan Potensimu'.
Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.
Rosmah berkata kanak-kanak merupakan modal insan yang penting bagi negara kerana dalam tempoh 20 tahun akan datang, mereka bakal menjadi kumpulan yang paling produktif untuk negara.
"Kanak-kanak pada hari ini amat berbeza dengan generasi terdahulu. Dengan segala kecanggihan teknologi masa kini, otak mereka lebih cerdas dan minda mereka lebih terbuka.
"Jika suatu ketika kita di kelilingi oleh Generasi X, kini Generasi Y telah mengambil alih, sedikit masa nanti akan muncul pula Generasi Z yang seterusnya akan menentukan hala tuju negara kita," katanya.
Berdasarkan statistik tahun lepas, beliau berkata bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun di negara ini mencecah 9.8 juta orang atau satu pertiga daripada jumlah penduduk Malaysia.
Rosmah turut menasihatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak hanya berinteraksi melalui iPad, Facebook, Tweeter dan Skype tanpa merasakan kehangatan sentuhan dan belaian kasih sayang daripada keluarga.
Sementara itu, Rosmah berkata sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia buat pertama kali diadakan pada tahun 1953 dan Malaysia mula menyambut Hari Kanak-Kanak pada tahun 1959 setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkannya. - BERNAMA
** EP memang setuju sangat dengan cadangan Datin Seri Rosmah...cadangan yang sangat bernas...Kanak-kanak memang perlu diraikan.....
EP SETUJU DENGAN CADANGAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR.... EP SETUJU DENGAN CADANGAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR.... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:03 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Berapa ratus ribu kanak2 di Malaysia yg boleh di beri makan dan menonton wayang...???Premis pernigaan ada ke nk voluteer restoran dan panggung wayang kerana yg pasti ibu bapa dan penjaga kena ada jg utk jaga keselamatan dan mereka jg perlu disediakan makanan.zaman ni anak2 aktif ,perlu penjagaan,suka merayau2... Seeloknya anak2 ni diraikan di stadium atau premis yg besar,buat pameran buku,diberi ruang khas utk membaca,adakan kuiz dan menulis karangan ringkas dgn tajuk yg satu,pengalaman yg manis jd kanak2 atau cita2 saya.. mak bapa ada sekali ,sukanneka, pameran kesihatan.. mngkin ahli2 korporat bank2 tempatan bergabung menyumbangkan tabung duit utk kanak2 ni menggalakkan anak2 menabung ,simpan duit..

    ReplyDelete
  2. Niat yg baik tp nk praktikan krg sesuai masa kini..melainkan had jumlah kanak2 dalam 100 org,mgkin terkawal...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.