Monday, October 22, 2012



Alvin, Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Red FM dan Capital FM, Apa Cerita?


Kita sebagai rakyat Malaysia berasa marah dan terhina apabila dua rakyat kita yang kini sedang menuntut di Singapura, Alvin dan Vivian bertindak merakamkan aksi seks mereka di dalam blog tanpa rasa malu dan rasa bersalah. Di Singapura,  mereka berdua bakal berhadapan dengan tindakan daripada pihak universiti yang kesal dengan perbuatan mereka.

Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita sendiri. Mereka berdua kini dilayan bagai selebriti, siap diwawancara oleh dua buah stesen radio tempatan...


Dan ini pula kenyataan yang dibuat oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan..apasal berbelit sangat kenyataan ni?? Nampak macam Play Safe je kenyataan ni...
Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau akan meneliti laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sekatan terhadap penyiaran temu bual pasangan yang terlibat dengan aksi seks dalam blog 'Sumptuos Erotica'. 
Kerajaan, katanya mempunyai kuasa terakhir sama ada perlu diambil tindakan fizikal dari segi undang-undang atau tidak.
"Saya akan lihat dahulu apa-apa laporannya, tetapi saya cenderung untuk mengatakan kita tidak wajar melayani apa-apa yang disohorkan menerusi internet yang melibatkan pornografi," katanya kepada pemberita.
Rais berkata, walau bagaimana mana moden sekalipun rakyat pada masa kini, soal pornografi di internet dan budaya untuk mempopularkan pornografi sama ada secara langsung atau tidak adalah tidak wajar diberi tekanan dan digalakkan.
"Sama ada dapat disiarkan atau tidak itu bukan saya untuk tentukan, SKMM akan lihat dan saya akan ambil laporannya," katanya.
Alvin Tan Jye Yee, rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang di Universiti Nasional Singapura dan teman wanitanya Vivian Lee mendapat perhatian ramai apabila mereka mempamerkan bahan lucah serta memasukkan gambar dan video aksi seks mereka di blog. 
Stesen radio Red FM dan Capital FM yang menemu bual pasangan itu bagaimanapun gagal menyiarkan rakaman temubual tersebut yang sepatutnya ke udara pada slot 2 petang semalam kerana tidak mendapat keizinan daripada SKMM.- Bernama
** Tolong la stop bagi spotlight pada pasangan ini..paper ke, radio ke atau apa-apa medium yang boleh mempromosikan aktiviti mereka...Jika tidak..kerajaan akan menghadapi masalah untuk membendung aktiviti seperti selepas ini..

1 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.