BENGANG BETUL NIK AZIZ BILA KAWAN BAIKNYA KATA DIA MUNAFIK...



Suatu ketika dulu, semasa PRU-10 (1999), Nik Aziz pernah mencabar Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur. 

Nik Aziz kata, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan... 

Kalau Nik Aziz tak sedar atau tak perasan, Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Dah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan tapi Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu...


Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada tiga : jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Hadis Nabi di atas diungkapkan oleh bekas sahabat lama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  Prof Madya Mohd Noor Deris yang merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini,
Menurut beliau bukanlah niatnya untuk mengajar Mursyidul Am Pas itu tetapi ingin berkongsi pandangan atas dasar sesama Islam berhubung perkara tersebut supaya tidak timbul pelbagai tanggapan terhahadp Nik Aziz.
“Atas alasan parti ke..atas alasan apa sekali pun Nik Aziz kena ingat.. Pertamanya jika benar-benar beliau dah janji beliau kena kotakan janji berkenaan. Itu jika ayat berkenaan benar-benar keluar daripada beliau sendiri. Keduanya beliau kena nilailah dan bermuhasabah apakah tidak ada pengganti lain yang selayaknya untuk menggantikan beliau. Bukannya apa..Nak bertanding bertandinglah tetapi akan tanggungjawab masih boleh dipikul lagi. Itu sahaja yang saya nak tanya,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.
Prof Mohd Noor seterusnya menegaskan pemimpin yang mungkir janji sebenarnya tidak layak untuk dipilih apatah lagi untuk diangkat sebagai Ketua Kerajaan.
Katanya dalam apa jua keadaan sekali pun mana-mana pemimpin yang ada sifat sedemikian ianya wajar ditolak sama sekali.
“Persoalan Nik Aziz mungkir janji atau tidak hanya tuan punya badan yang boleh jawab. Saya tidak sebut pun Nik Aziz mungkir janji cumanya sekadar memetik Hadis Nabi s.a.w dalam soal mungkin janji itu.
“Terpulanglah kepada penilaian umum dan rakyat untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Itu sahajalah yang saya boleh kongsikan bersama,“ katanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat supaya membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang mungkir kepada janji.
Merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini, katanya, pemimpin seperti itu akan membawa masalah jika dipilih memimpin negara.
Tun Dr Mahathir memberi reaksi terhadap kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang kerana ia disyorkan oleh parti. -MediaUMNO
BENGANG BETUL NIK AZIZ BILA KAWAN BAIKNYA KATA DIA MUNAFIK... BENGANG BETUL NIK AZIZ BILA KAWAN BAIKNYA KATA DIA MUNAFIK... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:43 AM Rating: 5

1 comment:

  1. apa kah hukum nya bila nik aziz mungkir janji??? minta tolong nik aziz sendiri perjelaskan. soalan cepu emas dari lim kiat siang siang

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.