Friday, October 5, 2012



Isu teguran, ingatan atau 'warning' dari Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa Ali terhadap kenyataan orang kuat PKR Azmin Ali buka babak baru semalam selepas Azmin buat komen yang pedas di twitternya.

Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, "faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,".

Sebelum itu, seorang pengguna tweet dengan nama @hisomudin komen dengan berkata "Mustapha Ali ali dakwa YB akn mengelirukn rakyat behbg MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukn! Just my opinion!" tulisnya.

Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Kata Shamsul,"RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. "

Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.



Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Kenyataan tersebut tidak disenangi PAS, berdasarkan komen terbuka yang dibuat Mustapa Ali dan disiarkan harakahdaily pada Selasa.

Dalam pada itu, Khalid Ibrahim sendiri dilaporkan berkata kenyataan Azmin itu adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.

Menurut Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas.

“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.

Tegas Khalid, “keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan jadi (MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu. Tapi kebiasaannya komen ini bukan dari Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan,". - AGENDA DAILY

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.