ASIK TERPANJANG JE KALI NI TERAMAI LA PULA...@mohd_ali_rustam


Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, semalam.
Ia sekaligus telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis paling ramai dihadiri tetamu dalam satu masa. Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali.
Majlis persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali, 26, bermula pada pukul 10 pagi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.
Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan mempelai.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir. Pastinya, majlis itu akan menjadi kenangan terindah buat pengantin.

Yang bestnya ramai pemimpin DAP tak puas hati dengan jumlah rakyat yang hadir ke majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka..130 ribu tu...Hebat betul sokongan rakyat Melaka pada Ketua Menterinya...siapa tak sakit hati...hahahaha..

Apa lagi..mula la puak-puak DAP ni menjalankan tugas mereka menghasut rakyat...persoalkan itu dan ini..dengan harapan rakyat termakan hasutan mereka..

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.“Itu duit siapa?” soal beliau.
Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?. 
Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong pula berkata "Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri? "Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya.
Nampak sangat puak-puak DAP sedar yang impian mereka nak menawan Melaka hancur berkecai..130 ribu orang tu...sebab tu yang mereka kalut sangat mempersoalkan tentang perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut...






Apa-apa pun EP ingin ucapkan Tahniah pada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri kerana menerima menantu..dan berjaya menganjurkan majlis perkahwinan yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis paling ramai dihadiri tetamu dalam satu masa.


ASIK TERPANJANG JE KALI NI TERAMAI LA PULA...@mohd_ali_rustam ASIK TERPANJANG JE KALI NI TERAMAI LA PULA...@mohd_ali_rustam Reviewed by Empayar Pemuda on 11:57 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.