Thursday, October 4, 2012



Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menasihatkan sahabat lamanya, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang supaya jangan bertolak ansur dengan pemimpin biadap, rasis seperti Lim Guan Eng.
“Suka tak suka Mansor mewakili orang Melayu di Pulau Pinang. Kalau sayang orang Melayu, kita mesti terus menentang orang yang biadap dan rasis, Lim Guan Eng ini. Sebagai manusia, sebagai orang Melayu, kalau ada hati perut untuk menjaga kepentingan orang Melayu, orang seperti Lim Guan Eng harus ditentang habis-habisan. Kawan kamu dalam PKR yang bersubahat dengan Lim Guan Eng boleh dianggap musuh dalam selimut.
“Saya ingin memperingatkan Mansor, kawan saya walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik, saya sebagai kawan tidak mahu dia bertolak ansur dan mengadaikan kepentingan orang Melayu atas nama jawatan dan kepentingan orang yang gila kuasa,” ujarnya mengulas kontroversi politik yang melanda DAP dan PKR di Pulau Pinang.
Tambahnya, kontroversi isu kemelut politik di Pulau Pinang khususnya antara DAP dan PKR sejak akhir-akhir ini nampak jelas dan terserlah, boleh dikatakan wujud satu kontroversi untuk memperlekehkan dan memberi masalah kepada Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri.
“Kalau kita lihat dari perkembangan yang telah berlaku selepas Pakatan memang PRU12 di Pulau Pinang, ada `orang’ yang teringin sangat nak jadi Timbalan Ketua Menteri tetapi tak dapat, sebab `orang’ yang nak jadi Timbalan Ketua Menteri itu tidak direstu, tidak dapat diterima sebagai pemimpin besar yang mewakili PKR dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Anwar Ibrahim sendiri pernah memberitahu saya bahawa dia tidak mahu ‘orang’ itu menjadi Timbalan Ketua Menteri. Oleh sebab itu, pada 2008 Fairus telah diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pokoknya, Anwar tidak berkenan dengan ‘orang’ itu,” ujarnya lagi.
Jelas beliau lagi ketika isu Fairus (Bekas Timbalan Ketua Menteri) timbul, inikan harus kita sedar bahawa “kononnya” masalah dengan Fairus ini timbul atas desakan ahli PKR yang duduk dalam kerajaan pun sebenarnya, ada ahli PKR yang duduk sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah bersubahat dengan Ketua Menteri untuk cari jalan lucutkan atau buang Fairus pada masa itu.
“Saya ketika itu sebagai Pengerusi PKR, saya telah dibawa berita demi berita oleh Exco yang mewakili PKR masa itu dan yang saya cakap itu sebenarnya Setiausaha Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang. Jadi banyak berita yang dia bawa kepada saya, sebagai Pengerusi saya terimalah dan kritikan serta pelekeh terhadap Fairus begitu dasyat sekali dan kita lihat, yang jadi klimaks ketika itu apabila Lim Guan Eng berjumpa dengan Anwar untuk memberitahu keadaan sebenar kedudukan Fairus dalam kerajaan negeri, dia sendiri tidak begitu puas hati”, ujarnya.
Justeru kata beliau lagi Anwar telah mengambil tindakan sehingga memaksa Fairus meletakkan jawatan.
“Apa yang dibincangkan dengan Fairus, saya tidak tahu dan Fairus telah meletakkan jawatan. Tetapi saya tahu ada orang yang tidak berapa puas hati sebab dia rasa selepas Fairus meletakkan jawatan, dia akan jadi Timbalan Ketua Menteri.
“Namun Anwar telah meminta Dr Mansor bertanding di Penanti, berlaku sekali lagi Pilihan Raya Kecil di kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu di DUN Penanti,” ujarnya panjang lebar mendedahkan kemelut dan kerja tikam belakang yang berlaku dalam PKR Pulau Pinang.
Katanya apabila Mansor menang dalam pilihanraya kecil tersebut, menang mudah memandangkan UMNO dan BN telah mengambil pendekatan boikot dan tidak meletakkan calon, Mansor menang dan telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.
“Kita nampak ‘orang’ yang teringin nak jadi Timbalan Ketua Menteri tidak berpuas hati. Kita nampak juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga tidak berpuas hati sebab sekurang-kurangnya Mansor boleh juga bersuara tentang isu-isu Melayu dan saya pun tahu bahawa Fairus juga ada semangat Melayu yang dia berjuang dan mempertahankan isu Melayu yang tidak menyenangkan Lim Guan Eng pada masa itu.
“Jadi, saya tidak hairan apabila Mansor kecewa, perasaan hampa dan begitu tertekan dengan cara pemerintahan Ketua Menteri di mana saya juga dulu mengelarnya diktator, cauvinis dan pemikiran komunis.
“Hari ini Mansor selar dia (Lim Guan Eng) sebagai angkuh, sombong dan tokong, bagi saya itu kira lembut jugalah. Bagaimanapun, beliau telah menyatakan, tapi yang saya hairan, itu dalam satu keadaan sulit, dalam satu mesyuarat tertutup dalam parti PKR yang tidak ada kena menggena dengan DAP atau mana-mana parti lain,” ujarnya lagi yang yakin bahawa Mansor adalah mangsa terbaru dalam PKR yang bakal ‘disembelih lehernya dalam politik PKR’.
Beliau yakin apa yang terjadi ini merupakan satu konspirasi sebagaimana apa yang berlaku ke atas Fairus, malah beliau juga menerima nasib yang sama apabila dibawa ke Lembaga Disiplin PKR apabila dia menyerang Lim Guan Eng, ini juga menunjukkan Anwar Ibrahim sendiri tidak peduli tentang wakil parti yang duduk dalam kerajaan.
“Saya juga terkejut semalam dalam perbahasan bajet, Anwar Ibrahim berdebat, dia puji melambung pencapaian Lim Guan Eng di Pulau Pinang kononnya Guan Eng ini pejuang untuk Melayu padahal kita tahu dan jelas bahawa wakil tertinggi PKR dalam kerajaan Pulau Pinang telah gelar Guan Eng ini sebagai angkuh, sombong dan tokong.
“Saya nak tanyalah pada Anwar Ibrahim, tak bagi muka langsungkah kepada wakil parti PKR dalam kerajaan negeri Pulau Pinang? Adakah kita nak sembah Lim Guan Eng sebagai sebegitu sekali sampai sanggup menjatuhkan maruah dan air muka pemimpin parti sendiri di Pulau Pinang,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

1 comments:

Anonymous said...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/10/gara-gara-lebih-banyak-dislikes-dari.html#more

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.