Monday, October 29, 2012


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek Kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diteruskan meskipun mendapat bantahan masyarakat India kerana terletak di sebelah kuil Sri Maha Mahamariamman yang dikatakan bakal memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit tersebut.
Anwar seperti dilaporkan Antarapos berkata jika projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu dihentikan ia pasti akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).
“Jika kita batalkan dan kena saman, siapa akan bayar? Negeri. Siapa kumpul duit? Umno, Barisan Nasional dan MIC. Siapa bayar? Kita bayar. Ini kerja orang bodoh.
“Bila mereka (BN) berkuasa, mereka macam raja, semua boleh. Bangunan 29 tingkat dekat kuil. Tapi sekarang mereka tiada kuasa, Khalid (Menteri Besar) dipersalahkan,” kata Anwar ketika berucap dari siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.
Meskipun Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu sebelum ini mendakwa projek itu dirancang sejak tahun 2007, ketika zaman BN, namun kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhak untuk membatalkan projek tersebut.
Malah, bekas ahli majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) A. Kohillan Pillay berkata meskipun kelulusan diberi pada tahun 2007 tetapi kelulusan itu untuk projek lain dan bukannya projek pembinaan kondominium 29 tingkat.
“Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622. Tetapi ia bukan kelulusan untuk Rancangan Pembangunan dengan tujuan membina kondo 29 tingkat,” kata Kohillan.
Kohillan turut berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seharusnya bertanggungjawab ke atas perkara tersebut memandangkan mereka adalah pihak yang mentadbir sekarang ini serta mendakwa memiliki bidang kuasa untuk memberikan kelulusan serta menarik balik projek kondo tersebut.
Presiden jawatankuasa kuil Mahamariamman Batu Caves, Datuk R. Nadarajah turut menyelar kerajaan negeri Selangor sekarang yang bersifat lepas tangan dengan membiarkan pemaju melaksanakan projek tersebut.
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mendakwa projek pembinaan kondominium itu akan mengancam struktur bukit tersebut selain memberi kesan buruk kepada alam semulajadi di kawasan tersebut.
“Pembinaan kondo ini merbahaya memandangkan ia terletak betul-betul disebelah puncak bukit, bayangkan jika tiba-tiba batu kapur ini runtuh menimpa kondo yang dibina? Insiden ini pernah berlaku pada 1973 di gunung Cheroh, Ipoh.
“Perkara kedua ialah habitat flora dan fauna di bukit ini akan terjejas memandangkan terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan  dan haiwan yang jarang ditemui di dunia terdapat disini.
“Ketiga, struktur Batu Caves yang cantik ini akan terganggu kerana kondo ini akan menghalang pemandangan bukit yang terletak betul-betul dihadapan jalan,” kata Lim Teck Wyn wakil MNS. - AIDC

1 comments:

Anonymous said...

Anwar cuba nak cetus huru-hara (lagi) ...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.