ADDA, DARIPADA IMEJ BERTUDUNG, SEPARA TUDUNG..KINI TIDAK BERTUDUNG...??

Aktres Adda menerusi imej terbaru telah mengejutkan banyak pihak. Untuk pengetahuan, Adda merupakan antara artis yang pernah melalui kisah pahit dalam hidupnya.


Antaranya ialah perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama 17 hari sahaja. Selepas kontroversi perkahwinan beliau, Adda juga pernah di kaitkan bercinta dengan Mamat Sepah.


Menerusi gambar terbaru Adda, ianya agak mengejutkan kerana gambar beliau yang bertudung penuh bertukar kepada imej seperti Dato Siti Nurhaliza dengan mengenakan tudung separuh dan terbaru kesemua tudung (penuh dan separuh) tersebut terus hilang.


Imej terbaru Adda pastinya mengundang seribu persoalan kepada peminatnya, Adda yang menyedari hal itu dengan segera telah mengeluarkan satu kenyataan di akhbar Mingguan Utusan,

"Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru".


- Forblogger






ADDA, DARIPADA IMEJ BERTUDUNG, SEPARA TUDUNG..KINI TIDAK BERTUDUNG...?? ADDA, DARIPADA IMEJ BERTUDUNG, SEPARA TUDUNG..KINI TIDAK BERTUDUNG...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:42 AM Rating: 5

1 comment:

Popular

Powered by Blogger.