Wednesday, September 26, 2012



Sebanyak RM31,000 dibelanjakan untuk kos bahan api bagi penerbangan pergi balik rombongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Labuan dan Sabah baru-baru ini.

Pengerusi Tjets Sdn Bhd, Datuk Mohamad Taufik Omar bagaimanapun enggan mendedahkan kos lain termasuk harga sewa pesawat penerbangan pergi balik selama empat jam itu.

Malah beliau juga enggan menjelaskan sama ada jet peribadi jenis Dassault Falcon 900 itu disewa atau dipinjamkan kepada Anwar.

"Ini jet peribadi, dan apabila disebut jet peribadi, ada perkara tertentu yang tidak perlu, tidak sewajarnya untuk kita hebahkan kepada pengetahuan umum," katanya semalam.

Mohamad Taufik berkata, ketika tempahan dibuat, beliau sendiri pun tidak tahu bahawa rombongan Anwar yang akan menggunakan pesawat itu kerana pemilik pesawat hanya beritahu, "ada orang mahu guna".

"Syarikat saya hanya uruskan pesawat dari segi penyenggaraan, minyak dan sebagainya. Apabila pemilik pesawat beritahu ada pihak mahu sewa atau mahu guna, kami akan siapkan segala keperluan penerbangan. Oleh kerana ini pesawat peribadi, segala yang berkaitan juga adalah peribadi. Kami profesional dalam memberi perkhidmatan," katanya.

Menurutnya, beliau tidak anggap penggunaan pesawat yang diuruskan syarikatnya itu oleh rombongan Anwar wajar jadi isu besar.

Kunjungan Ketua Pembangkang dan rombongannya ke Labuan dan Sabah menggunakan pesawat peribadi baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas gambar mereka di dalam pesawat itu dimuat naik dalam internet.

Ia membangkitkan persoalan mengenai gaya hidup mewah pemimpin pembangkang yang bertentangan sama sekali dengan retorik mereka ketika berhadapan dengan rakyat.

Perkara itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua beri kenyataan berbeza tentang penggunaan pesawat itu. Nurul Izzah mengatakan pesawat itu dipinjam, sebaliknya Tian Chua berkata, ia disewa.

Anwar sendiri pada sidang media di Parlimen, Isnin lalu menjelaskan, pesawat peribadi itu bukan miliknya tetapi ditaja oleh seorang kenalan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan nombor pendaftaran N990BB.

5 comments:

Anonymous said...

Kahkahkah! bukan main spin lagi pencacai UMPORNO macam kau minggu ni ye? kahkahkahkah! dah lupa ke wakakakaka! ops melayu mudah lupa kahkahkah.. kata-kata mahathir kahkahkah.. haha meleleh air mata aku ketawa.. wakakakaka ingat tak.. wakakaka ingat tak wakakaka.. ahhh tak boleh tahan nak tergelak aku.. wakakakakakakawakakakaka.. sapa menteri naik jet tah wakakakakaka..

mari kita cerahkan minda umporno yang taruk di jubur!

http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/jamil-khir-naik-jet-peribadi-datuk.html

UMPORNO dan juak mereka jenis dengki rupanya wakakaka.. macam kisah jiran2. Kita beli sofa baru tapi jiran kita jugak beli sofa baru macam kita. Untuk berdengki kita tuduh jiran kita beli sofa baru dengan duit haram! wakakaka punya busuk hati! ini jenis UMPORNO dan juak mereka!! wakakaka selamat malam !! wakakaka

Anonymous said...

Ini bukan isu dengki lah Pak Aloi! Ini isu stail lebih dari calit yang menunjukkan lagak (keangkuhan) dan kemungkinan boros jika berkedudukan dan berkuasa. Jadi persoalannya - Patutkah atau ada kebaikankah untuk rakyat dan negara jika indibidu sebegini kelakuan diundi untuk memegang tampuk kerajaan Malaysia? Orang yang waras dan sayangkan Malaysia sudah tentu menjawab, "Tidak patut!"

Anonymous said...

geng pakatan yg 'sejiwa', anwar bermewah dgn Jet, nik aziz pula terpaksa lelong tongkat utk dana pru13.

Anonymous said...

pelakun handalan..memang la mcm tu..apa nak heran..jgn pelik la..menabung setiap hari RM1..1 tahun dah berapa beb..2 tahun..3 tahun..bunga lagi..dividen lg..boleh la beli minyak..apa la ..tu pun nak heran ke..pelakun beb..

Bollywood World said...

Sneha Latest Photo Shoot Stills, Sneha Hot Photo Shoot Pics

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.