Wednesday, September 5, 2012


Wowww...samseng UMNO serang HQ PKR...ini sudah hebat...Berita terbaru yang diterima dikatakan berlaku pergaduhan di Pejabat PKR ketika ini, namun pihak polis berjaya mengawal keadaan. Nasib baik pihak polis ada...kalau tidak mahu runtuh juga HQ PKR...hahahaha...


Menurut blog-blog pro pembangkang, serangan tersebut dilakukan oleh samseng UMNO kerana ada di kalangan mereka memakai t-shirt UMNO. Hahaha...NGO yang buat...UMNO juga dipersalahkan...cari la modal lain pula...taktik tu dah lapuk laa...

Bak kata blogger Double Y...


Aneh selepas isu tukar bendera, Sultan tidak dijemput untuk majlis sambutan merdeka di Selangor, Anwar Ibrahim tidak angkat tangan semasa bacaan Rukun Negara, bas disimbah dengan cat merah dan bilik hotel dipecahkan di Kota Bharu.



Hari ini mereka diserang lagi...Hahaha...

Psywar 'low class' AMK untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu-isu yang melanda parti itu dan kontroversi yang menimpa pemimpin mereka.



Ini pula laporan berita dari KL Pos...

Petaling Jaya 5 Sept - Satu pergaduhan telah tercetus diantara dua kumpulan di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.
 
Pergaduhan tercetus apabila kedua-dua kumpulan, Waris Malaya dan PKR cuba menimbulkan provokasi di antara satu sama lain.
 
Namun begitu, pihak polis berjaya meleraikan pergaduhan dan tiada kecederaan serius dilaporkan.
 
Sebelum itu, Demonstrasi Bantahan Terhadap Penghinaan Bendera Malaysia, Penipuan PR dan Lakonan Anwar Ibrahim dilaporkan akan diadakan di Ibu Pejabat PKR.
 
Laporan penuh akan menyusul.


Ini pula berita dari puak-puak penipu...

PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.
Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.
“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.
Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

7 comments:

Anonymous said...

nasib baik POLIS ader yer..setelah puak2x pr nie menghina n mencederakkan polis ari tu..

Anonymous said...

nak muntah aku dengar yang bagi tazkirah itu adalah anwar. kalau mahfuz bagi ok lagilah.
aku bangga UMNO dah ada samseng. tak kan nak bagi can kat PKR sj bawak samseng merata.

Anonymous said...

cehh kalau bukan pasal Polis dah roboh bangunan Pakatan Gay tu , baru ada akal bodh punya puak lembu PKR

Anonymous said...

Sudh plis dia mtk tlg jugk..he ..ingt pgl unt aml jek..

Anonymous said...

baik bakar sahaja ibu pejabat PKR lagi bagus....Pemimpin melayu PKR adalah penghianat bangsa melayu dan negara........aku bangga apabila UMNO berani bertindak seperti samseng....perbuatan samseng mesti di balas dengan perbuatan samseng juga....

Anonymous said...

padan muka. aritu cakap polis barua umno. arini barua umno ni jugaklah yang selamatkan mereka dari pemprotes yang kononnye dikatakan samseng umno. apa, hang ingat hang aja ada samseng. kami orang umno pun tau jugak nak menyamseng. aku yang dulu x minat politik pun sekarang jadi penyokong tegar umno. walaupun umno x cantik, suci atau semurni yang kita mau, belum tentu pembangkang boleh jadi secantik, sesuci atau semurni umno. bak kata pepatah baru, buah kalau x rosak takyahlah buang, buang bahagian mana yang rosak je. bahagian yang elok, makanlah. kenyang jugak. dari amik buah baru, tup tup busuk habih.

Anonymous said...

Kaum India dah sedar, puak2 melayu PR x sedar2 lagi.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.