Tuesday, September 25, 2012


Kemelut antara DAP dan PAS berhubung perlaksanaan hukum hudud makin berpanjangan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini menggelar Nasharudin Mat Isa sebagai 'ejen Umno'.

Sambil menyifatkan bekas Timbalan Presiden PAS itu sebagai seorang yang tidak konsisten, Lim sekali lagi menegaskan bahawa DAP kekal dengan pendirian untuk menolak hukum hudud. "Beliau memang sudah tahu (pendirian DAP).

Semasa jadi Timbalan Presiden PAS beliau tahu mengenai pendirian kita dan ketika itu tak ada masalah. "Mengapa bila sudah tidak jadi (timbalan presiden) baru wujud masalah. Cakap macam ejen Umno pula," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ditanya mengenai gesaan Nasharudin agar beliau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud, Lim bagaimanapun mengelak daripada memberikan sebarang komen.

Selain itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi mengulangi pendirian senadanya dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menolak hudud.

"Kalau nak tanya tentang pendirian, kita amat jelas dengan pendirian ini (tolak hudud) sepanjang masa. Ia amat konsisten, maka tak ada apa-apa perkara baru mengenainya," katanya.

1 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.