SAYA BUKAN ANTI ISLAM...TAPI SAYA NAK AJAK ORANG ISLAM BERFIKIR....



Hahahaha...bila dah kantoi...mulalah nak mengelabah...niat asal sebenarnya nak politikkan isu hina Nabi Muhammad SAW..supaya PAS dan UMNO tidak bersatu dalam mengadakan demo menentang penyebaran filem Innocence of Muslims tapi lain pula jadinya...

Oleh kerana kebodohan seorang pemimpin DAP yang rasis ini meng'tweet' dan persoalkan perkara yang tidak sepatutnya dipersoalkan...Ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam bangkit dan mengencam tindakan bodoh pemimpin ini.. 

Bila keadaan dah jadi huru-hara..mulalah nak putar belit cerita..kononnya mesej yang di'tweet' itu hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak....hahahahaha...MEMADAI ATAU TIDAK???

Cuba baca kembali apa yang di'tweet' oleh Ngeh Koo Ham ini...


ARE MUSLIMS WASTING TOO MUCH TIME & ENERGY ON THIS?..bukan ke perkataan TOO membawa maksud TERLAMPAU...bila pula ada perkataan memadai atau tidak??...

Tak perlulah nak berdolak dalih nak betulkan isu ini kerana...terlajak perahu boleh undur..tapi kalau terlajak tweet...bodohlah namanya..rakyat boleh lihat sendiri bagaimana rasisnya pemimpin DAP yang ada di Malaysia...sehinggakan Orang Islam di dunia nak pertahankan maruah agama sendiri pun dipersoalkan...itu belum lagi perolehi kuasa lagi...fikir-fikirkan...

“Jangan jadikan saya seolah-olah anti-Islam." Demikian penjelasan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di Twitter yang dikatakan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam.
Koo Ham ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook itu tidak menjurus kepada penghinaan terhadap perjuangan umat Islam di negara ini yang menentang penyebaran filem Innocence of Muslims.
Sebaliknya menurut beliau, ia hanya sebuah mesej yang mahu orang ramai berfikir sama ada masa dan tenaga yang digunakan untuk bantahan berkenaan memadai atau tidak. SETERUSNYA...
SAYA BUKAN ANTI ISLAM...TAPI SAYA NAK AJAK ORANG ISLAM BERFIKIR.... SAYA BUKAN ANTI ISLAM...TAPI SAYA NAK AJAK ORANG ISLAM BERFIKIR.... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:55 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.