Friday, September 7, 2012



Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.
Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.
Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.
“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.
Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.
"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
“Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.

13 comments:

Anonymous said...

budak ni bukan tahu serik, zaman sekolah lagi memang nakal dan terjal, dah dpt U pun tak ubah-ubah, itulah perangainya. Tak dipengauhi oleh sesiapat, tapi takut dipengaruhi oleh pil khayal lah tu, masuk UNISEL rasa ok, MB PKR tentu setuju.

Anonymous said...

akau harap babi ini mampos dgn kehinaan

Anonymous said...

ooo amboi... x boleh sentuh perihal peribadi konon...
taik kucing punya orang ini...
apa pasal x boleh kutuk mak bapak pulak?
mak bapak dah letak nama ''muhammad'' tapi... apa ke halnya...

mak bapak x boleh malu lah konon... piiiiirraaaaahhhhhh...
nak minta maaf konon lah tu... taik kucing cirit...
itu nama hang yg baru...

sampai tua lah kena kutuk... padan muka taik kucing cirit ni.. ha3

Anonymous said...

Bila orang lain kutuk mak bapak dia, tahu pulak dia marah dan rasa hina... Yg engkau pi kutuk Najib dan Rosmah tu..ingat anak2 Najib dan Rosmah tak rasa apa-apa ke??? Kalu hang boleh kutuk orang lain, hina orang lain, apatah lagi pemimpin negara, kami pun boleh buat camtu kt mak bapak hang. Kata Sasterawan Negara Usman Awang " Perbuatan kurang ajar kena balas dengan kurang ajar juga" baru lah adil. Kalu hang tak suka Malaysia, baik hang berambus dari negara ini. Negara ini untuk orang2 yang cintakan keamanan sahaja. Orang macam hang dan pemimpin suci murni pujaan hang TAK LAYAK LANGSUNG tinggal di negara ini. Ada faham ke..

Anonymous said...

Pasal mak bapak hang la kurang bagi ajar..dia pun kena tempias gak..budak siyal

Anonymous said...

Ala tu ayat nak lepas diri dari bersalah lah tu....len kali jgn kurang ajaq ngan orang dengan segeranya ALLAH SWT bayar cash kat hang....kan mak bapak ko gak terlibat...kepada remaja2 diluar sana yg spesis cam budak ni bukak lah mata anda nasib diri anda dan keluarga anda yang tentukan....pepatah lama ada menyatakan sesal dulu pendapatan sesal kemudian anda sambungkan sendiri....

Anonymous said...

Sebab itulah jika nak buat sesuatu tu kena fikir panjang, fikir mak bapak, fikir keluarga, fikir masyarakat, fikir negara, fikir keturunan akan datang. Sekolah tinggi tak menjanjikan awak cerdik...cerdik datang dari hati yg bersih, jiwa suci dan akal panjang.

Anonymous said...

hahaha....apa susah kita atur gambar mak bapak dia nenek dia dan kerabat dia semua cuba buat cam tu sekali lagi...

Anonymous said...

londohkn seluar dia..letakkan dia diatas pentas dataran merdeka tu ..baru dia tahu rasa malu tanpa seurat benang.buat malu ..yg ko hina tu bangsa sendiri melayu..bodoh x da akal

Anonymous said...

aku bley pecaya ke ayat ko ni brader.... itu sbb org tua2 kata dah terantuk baru tengadah. tp ko ni blum tahap terantu lg. blm sempat terantuk org dah rentap ko ke belakang. ko cuma telayah je. so...jgn buat drama la....

Anonymous said...

oo... tau plak mintak simpati.... itu br sms blum lagi org tunjuk punggung kat muka mak bapak ko.... aku rasa mau ko terajang diorang. tu yg ko tunjuk punggung kat muka mak bapak org lain, (siap peminpin lagitu) bley plak... halal pada ko.... sori la...

Anonymous said...

buat pengakuan secara tebuka la beb.... DS tu mmg bapak anak2 dia tp pemimpin kami... blm lepas lagi ko....

Anonymous said...

ko gi angkat senjata di lahad datu. dok sana lama2. jgn balik. ckp kosong sapa pun boleh!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.