MAT JENIN KECEWA DENGAN NIK AZIZ KERANA MEMPERSENDAKAN ANGAN-ANGANNYA...??



Tarikh 16 September 2012 berlalu dengan semangat dan komitmen baru kalangan pemimpin Malaysia untuk meneguh 'semangat 16 September 1963' yang menjadi teras aspirasi pimpinan negara terdahulu.

Sambutan yang disempurnakan di Bintulu, Sarawak berlangsung dengan sangat meriah, dihadiri oleh ribuan rakyat yang mahu sama-sama meraikan Hari Malaysia dengan semangat yang tinggi dan utuh.

Mungkin ramai juga rakyat yang terhimbau dengan sejarah beberapa tahun lalu, sekitar Mac-September 2008, di mana kuatnya ura-ura Malaysia akan menyaksikan perubahan kepimpinan secara 'jual beli'. Tanpa berselindung, cubaan demi cubaan dilakukan untuk membolehkan satu perubahan politik dilakukan melalui jalan belakang. Sememangnya pada tempoh yang tidak menentu itu, gegak gempita bunyinya bahawa Malaysia akan menyaksikan perubahan politik yang sangat besar.

Dek kerana terlalu percaya dengan kekuatan dan karisma peribadi, tampil seorang individu yang amat yakin bahawa dia bakal mendapat mandat dan kepercayaan kalangan Ahli Dewan Rakyat untuk menukar kerajaan. Ramai juga yang mula risau bahawa akan berlaku suasana politik yang tidak menentu. Mandat rakyat sudah bertukar menjadi 'komoditi politik' yang mahu ditukar tangan di atas pentas jual beli pengaruh yang disediakan oleh individu terbabit.

Seorang ulama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah berkata dan mempertahankan pandangan bahawa pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

"Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti Keadilan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.

"Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah sekitar 2008.

Malangnya, plot ceritera politik tidak berlaku seperti yang diharapkan. Proses jual beli tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan. Akhirnya, kerajaan yang ada kekal memimpin Malaysia sehingga menjelangnya tarikh 16 September 2012.

Mungkin benar kata Tuan Guru, tidak ada istilah angan-angan Mat Jenin dalam politik - namun apakah matlamat boleh menghalalkan cara, semata-mata mahu mendapatkan tampuk kuasa? SETERUSNYA
MAT JENIN KECEWA DENGAN NIK AZIZ KERANA MEMPERSENDAKAN ANGAN-ANGANNYA...?? MAT JENIN KECEWA DENGAN NIK AZIZ KERANA MEMPERSENDAKAN ANGAN-ANGANNYA...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:23 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.