MANSOR KANTOI MENIPU...NAFI KUTUK GUAN ENG....


Hahahaha...Ini baru betul-betul CAT...EP rasa lebih baik Mansor letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang...sebabnya 1 Malaysia dah tahu yang dia seorang penipu...Beriya-iya Mansor menafikan pada wartawan tempoh hari yang dia tak panggil Lim Guan Eng SOMBONG, ANGKUN dan ARROGANT...Tapi hari ini TV3 telah berjaya kantoikan penipuannya itu....Lagipu macam mana Mansor nak berkerja dengan Guan Eng lepas insiden ni...tak kan 24 jam nak belakon je...hahahahaha


Kantoi menipu tu satu hal..tapi apa yang dikatakan oleh Mansor ada kebenarannya... Guan Eng memang sombang, angkuh dan penuh dengan putar belit...itu tidak dapat dinafikan...Dia ingat Pulau Pinang ni KELUARGA LIM yang punya...semua orang kena ikut cakapnya...Jika tidak, mana mungkin Mansor sanggup keluarkan kenyataan seperti ini terhadap Ketua Menteri kesayangannya...


Ini baru sikit...antara DAP dengan PKR...Isu dalaman PKR pun berlambak yang belum diselesaikan...Pas tak yah nak cerita la...layak jadi mayat hidup je di Pulau Pinang...rakyat Pulau Pinang belum lagi tengok bagaimana Mansor dengan Malik Itik berebut jawatan Timbalan Ketua Menteri 1...Agak-agaknya siapalah yang gatal merakam perbincangan mesyuarat PKR tu...EP rasa mesti orang tu ada kepentingan peribadi....

Inilah realiti sebenar Kerajaan Pakatan Rakyat...Hanya cantik diluar tetapi busuk didalam....Mansor sendiri telah berkata...DAP hanya mahukan 21 kerusi supaya mereka dapat membentuk kerajaan mereka sendiri di Pulau Pinang...

Cuba bayangkan apa kan jadi pada nasib orang Melayu di Pulau Pinang jika hasrat Guan Eng tercapai....Pulau Pinang confirm akan jadi macam Singapura....fikir-fikirkan..

**Agak-agaknya Malik Kasim tersenyum tak bila tengok buletin utama TV3 sebentar tadi??


MANSOR KANTOI MENIPU...NAFI KUTUK GUAN ENG.... MANSOR KANTOI MENIPU...NAFI KUTUK GUAN ENG.... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:45 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Bangkai gajah nak tutup dengan nyiru je ke??? Lain kali simpan kat TOKONG.....

    ReplyDelete
  2. Buletin utama terbaik yg aku penah tgk!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.