Saturday, September 22, 2012


Masa saya buat screen capture ni, labih daripada 1200 yang telah retweet. Tapi betul ke cerita ni? Kenapa tak ada keluar dalam berita? Aha, ini mesti konspirasi media-media antarabangsa milik Yahudi yang berpakat sembunyikan cerita ni sebab tak nak orang ramai tahu tentang kebenaran Islam. 


Lepas tu saya search dekat google sikit. Rupa-rupanya bangunan tersebut bukanlah dilanda gempa bumi baru-baru ini lepas tayangkan filem 'Innocence of Muslim' tapi adalah dari gempa bumi yang berlaku di Chile pada tahun 2010 lalu dengan magnitud pada skala 8.8. Boleh rujuk di sini, sini dan sini.


Fakta tambahan tentang gempa bumi tersebut: gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010 tersebut sangat kuat sehingga memberi amaran tsunami kepada 53 negara. Ianya juga dianggarkan sangat kuat sehinggakan telah memendekkan masa pada hari tersebut sebanyak 1.26 microseconds dan memesongkan gerakan paksi bumi sebanyak 8 cm. Laporan juga menganggarkan seramai 521 orang yang maut.

Hah, siapalah yang memandai buat cerita palsu ni. Mungkin Abby Abadi terjumpa gambar tersebut kat mana-mana dan terus tweet tanpa usul periksa. Ya, memang tak dinafikan filem 'Innocence of Muslim' yang menghina Nabi Muhammad SAW itu memang sangat terlampau dan perlu dikutuk, tapi bukan ini caranya dengan mengada-ngadakan cerita palsu. Ini lebih menampakkan kelemahan umat Islam yang mudah sangat percaya dengan khabar-khabar angin dan menjadi bahan gelak ketawa pada agama lain.

Keimanan tentang kebesaran Allah itu datangnya dari hati, bukannya dari gambar-gambar yang tak betul sebegini. Mohon maaf jika ada tersilap cakap. Abby Abadi juga telah meminta maaf akan kesilapan beliau itu. Mohon jadi pengajaran buat kita semua.


- Media Cyber

6 comments:

Jokiden said...

Juga jgn mudah dan cepat percaya dgn cerita karut marut puak pakatan yg sentiasa menuding jari ke arah UMNO/BN. Dia jgn mudah percaya pasal pemimpin curi duit rakyat dan kerajaan ni zalim.. siasat dulu dan fikir dgn waras..

PORUMAN said...

kesian abby tau... asyik kena gossip je. Dia pun manusia juga, bukan sllu btl.. nasib la dia x saman blogger yg post cerita x btl pasal dia.

Anonymous said...

abby ustazah plastik palsu yg bangang dungu dan kaldai PAS.... tak berilmu tetapi bercakap seperti seorang ahli agama. bosan aku tgk dia ni.... mintak2 dia mendapat hidayah allah sebenar dan bukan hidayah PAS !!!! sebelum mati elok la kau cermin diri kau yg sebenarnya abby bukan imej yg kau nampak dlm cermin !!

Anonymous said...

Ya! Allah Maha Berkuasa tapi Abby maha bodoh. Tak educated. Sebab tu sesuai sekali join PAS.

Anonymous said...

betul kata si-ustazah palsu tu...Allah maha berkuasa...kalau dia berkehendak ulamak2 palsu pas direjam dan menjadi gila bila2 masa jer....

Anonymous said...

Tu la bila generasi TUA nak berlakon jadi generasi Y yang kebanyakannya salin bulat-bulat je apa yang ada dalam media sosial seperti FB, Twitter dan sebagainya. Bila dah dapat sesuatu cerita langsung takmau periksa kesahihan, lepas main retweet pada orang lain. Kalau satu tweet tu merupakan fitnah, bila dah retweet, secara tak langsung ada la saham mangkuk ni dalam menambah fitnah juga....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.