LUAR BIASA : VIDEO BUDAK LELAKI MELAYU YANG KEBAL....


Seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Mohd Adam Jalamaluddin Mempunyai satu keistimewaan luar biasa yang mana kulitnya tidak terbakar walaupun dicucuh dengan api.


Kulit manusia secara fitrahnya tidak boleh terkena bahan yang panas seperti api, air panas dan sebagainya. Jika terkena, maka kulit kita pasti akan melecur. Namun berbeza pula yang terjadi kepada seorang budak lelaki ini. Dia mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang mana  selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam. Boleh tonton video di atas.

Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.
“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.
Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.
EP harap kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada adik ini digunakan pada jalan yang baik.

LUAR BIASA : VIDEO BUDAK LELAKI MELAYU YANG KEBAL.... LUAR BIASA : VIDEO BUDAK LELAKI MELAYU YANG KEBAL.... Reviewed by Empayar Pemuda on 11:37 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.