Wednesday, September 26, 2012

Keputusan rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Sains Malaysia memihak kepada kumpulan Pro Aspirasi Mahasiswa...

Pro Aspirasi Mahasiswa : 37 Kerusi
Pro Mahasiswa : 7 Kerusi
1 kerusi tidak dipertandingkan kerana tiada calon.

Jumlah keseluruh kerusi yang dipertandingkan :44/ 45

**Untuk rekod : Keputusan PR Kampus yang lepas Pro Aspirasi Mahasiswa : 24 kerusi manakala Pro Mahasiswa 14 kerusi

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Pro Aspirasi Mahasiswa...bukan sahaja mereka telah berjaya mengekalkan kemenangan dengan bergaya tetapi mereka juga telah berjaya meningkatkan kemenangan kerusi mereka daripada pilihanraya kampus yang lepas...

Nampaknya kemenangan ini telah membuktikan bahawa aspirasi dan hala tuju yang dibawa oleh Pro Aspirasi Mahasiswa di USM telah berjaya menambat hati mahasiswa/mahasiswi diketiga- tiga Kampus USM...

Dengan kemenangan bergaya Kumpulan Pro Aspirasi Mahasiswa ini telah membuktikan majoriti mahasiswa di USM secara tidak langsung menyokong segala usaha dan transformasi yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk kebaikan mereka...

Undi orang muda penentu masa depan negara...Tahniah diucapkan pada kumpulan Pro Aspirasi Mahasiswa USM...Semoga mandat yang diberikan dapat dijalankan dengan sempurna..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada para pelajar beraspirasi! Dengan izin Allah semoga kamu terus berjaya. Tiada yang lebih menentukan kecemrrlangan mada depan selain dari ilmu pengetahuan yang mantap. Berjuanglah untuk nusa, bangsa dan agama atas landasan ilmu!

Bollywood World said...

Sneha Latest Photo Shoot Stills, Sneha Hot Photo Shoot Pics

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.