Thursday, September 20, 2012



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Khamis membidas tindakan Setiausaha DAP yang enggan mengulas kenyataan pemimpin partinya dari Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem menghina Nabi, 'Innocence of Muslims'.
Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan dalam twitter Ngeh amat jelas walaupun beliau mengelak dan merasakan bahawa ia ditulis dalam bentuk soalan kerana ia disifatkan sebagai pendirian peribadi pengerusi DAP Perak itu.
"Keengganan Lim Guan Eng untuk memberi kenyataan atau pun menegur Ngeh Koo Ham, merupakan gambaran yang jelas bagi saya bahawa ini merupakan sentimen dan pendirian parti itu sendiri.
"Bagi saya sekiranya 'bos' DAP sendiri kalau dia bertanggungjawab, dia akan mengeluarkan kenyataan tanpa bersyarat bahawa apa yang dikatakan Koo Ham itu tidak betul dan tidak boleh diikuti," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Beliau mengulas mengenai Guan Eng yang enggan mengulas kenyataan Ngeh tetapi sebaliknya meminta supaya kenyataannya yang mengutuk penerbitan dan penyiaran filem itu disiarkan terlebih dahulu.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mempersoalkan kenyataan Guan Eng dengan menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Bagi saya, kenyataan apakah itu? Kalau anda (Guan Eng) sebenarnya prihatin tentang sensitiviti umat Islam, anda buat saja kenyataan bahawa tindakan Ngeh Koo Ham itu tidak betul dan ia tidak mencerminkan parti.
"Tetapi dia masih nak bermain politik. Dia mahu kenyataan dia disiarkan terlebih dahulu baru mengulas tentang Koo Ham. Ia sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.-Mstar

4 comments:

Anonymous said...

Biar lah diaorg kafir..kita lebih risau org yg tolak hudud walaupun mengaku islam dan perintah berpuluh tahun.

Anonymous said...

allo bro lu ni tak de otak ke, memang la dia kafir tapi takkan lu nak tgk je diorg kutuk ttg agama dan pendirian kita. jgn sebut hudud la lu memang dari puak fucktan cibai madang nk komen bangsa sendiri je butuh la

Anonymous said...

Asal kafir boleh buat apa saja? Bangang punya kenyataan dari anon September 20, 2012 4:35 PM.

Anonymous said...

anon SEPTEMBER 20, 2012 4:35 PM.. aku xtau la ko ni org islam ke dak, kalu ko ni islam mmg ko kena taubat bnyk2 bhai..lagi satu hudud pa yg ko nak, hudud pas ka? padahal enakmen hudud pas ni 100% menyimpang dari ajaran islam tu sendiri..len kali jgn bodo sngt ley dak..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.