Wednesday, September 12, 2012


Jika anda masih ingat sebelum ini, Jue Aziz ada menyebut Rita Rudaini sebagai orang yang mengaitkannya bercinta dengan Aidil Zafuan. 
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.
Ekoran dakwaan yang dibuat oleh Jue Aziz itu, Rita Rudaini tidak menunggu lama meminta Jue Aziz untuk mengemukakan bukti kerana bagi Rita dakwaan yang dibuat oleh Jue Aziz itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Kata Rita:-
“Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.
Rita turut menyatakan yang dia sendiri mengetahui tentang gosip tersebut menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya.
Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya.
Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Dan yang terbaru Rita sudah mula menyerang Jue Aziz dalam Twitter...




Dibawah berikut adalah antara penjelasan Jue Aziz


Ekoran dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang semua orang tahu masih suami kepada Rita Rudaini, Jue Aziz tidak menunggu lama untuk tampil mengulas segala dakwaan yang bertebaran di alam maya yang maha luas ini sekaligus menjelaskan segala-galanya bagi membersihkan namanya.

“Masalah mereka suami isteri belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana ternyata segala tuduhan yang dilemparkan pada saya hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”
Jue Aziz memberi tahu yang dia tidak mempunyai nombor telefon Aidil dan pelik bila tiba-tiba dia dikatakan bercinta dengan Aidil. Tapi Jue Aziz mengaku mempunyai BBM Aidil yang diperolehi daripada kawan-kawannya yang berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.

Tidak perlu buang masa, mari baca penjelasan daripada Jue Aziz ni:-
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.
“Tolong selesaikan masalah mereka suami isteri, tidak perlu babitkan orang lain dalam masalah rumah tangga mereka berdua. Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti bila dan di mana. 
Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran drama di luar ibu kota. 
“Jadual saya ada bersama mereka. Kru produksi juga ‘kenal’ saya dan mereka juga mengenali siapa Rita yang sebenarnya. Kalau benar ada kru produksi yang nampak saya keluar dengan Adil, beritahu saya produksi mana. 
“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan bawakan bukti sekali. 
“Saya harap jangan panjangkan lagi isu ini kerana saya tiada kena mengena langsung dengan rumah tangga mereka ataupun ada hubungan dengan Aidil. Saya akan minta pendapat peguam apa yang patut saya buat jika perkara ini masih berpanjangan bagi melindungi diri dan hak saya. Tolong jangan jatuhkan maruah orang sehingga boleh merosakkan periuk nasi orang lain. 
“Saya pun bukannya rapat sangat dengan Rita, jadi jangan ganggu hidup saya. Kami pernah berlakon bersama, tetapi itu pun dah lama. Sekarang pun saya tidak pernah bertemu dengannya kerana sibuk dengan penggambaran drama. 
“Isu ini sangat merimaskan saya kerana ia tidak benar sama sekali. Tak ada gunanya dia memburukkan saya kerana saya memang tiada hubungan dengan suaminya,”
Mengakhiri penjelasan, Jue Aziz memberi tahu bahawa ini adalah kenyataannya yang terakhir daripadanya dan dia tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.
“Cukuplah setakat ini kerana tak ada gunanya saya terus bersoal jawab mengenai tuduhan yang saya bercinta dengan Aidil kerana ia tidak benar sama sekali,”

**Macam-macam hal artis di Malaysia ni...berebut laki lah, bersosial lah dan banyak lagi....Tapi bagi EP yang paling menarik ialah kisah artis yang baru nak kenal politik tapi dah berlagak macam ustazah... hahahaha

2 comments:

Crew Fathi said...

hurmm... mcam2...

Anonymous said...

sabar je rita suami yg bertanggungjawab tak kan buat rita cam nie..dugaaan mohon allah bukakan jalan keluar yg terbaik ..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.