Thursday, September 13, 2012



Debat yang sepatutnya berlangsung antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee  Yong berkaitan isu penyelewengan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) malam ini tidak menjadi realiti apabila Abdul Khalid gagal menampilkan diri.

Beliau dikatakan berada di Bangkok, Thailand atas urusan yang tidak mampu diperjelaskan oleh wakil-wakilnya yang hadir malam ini.

Sebaliknya, empat orang wakil Abdul Khalid yang dihantar untuk berdebat dengan Tee Yong berkaitan isu dakwaan penyelewengan itu juga bertindak keluar dewan selepas duduk seketika apabila Tee Yong dengan jelas menyatakan beliau enggan berdebat dengan mereka.

Tee Yong sebelum ini secara konsisten menyatakan hanya mahu berhadapan dengan Abdul Khalid sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.

Keempat-empat wakil Menteri Besar yang hadir ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang) dan Dr. Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) serta  Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.“Saya tidak halau wakil-wakil MB dari dewan, mereka keluar sendiri.

"Apa pun, selepas ini saya akan cari MB lagi dalam bulan ini untuk tetapkan tarikh baru debat,” kata Tee Yong pada sidang akhbar yang diadakan selepas Abdul Khalid gagal muncul.Bagi pihak Tee Yong, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Abdul Khalid bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu Talam.

Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal Talam kepada penyokong  yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar pulang.

Dalam pada itu, keempat-empat wakil Khalid Ibrahim gagal memberitahu tujuan menteri besar ke negara jiran.“MB tidak ada pada malam ini, kerana pergi ke Bangkok. Itu sahaja saya boleh katakan,” jelas Tony Pua dalam sidang akhbar berasingan sejurus selepas keluar dari dewan  debat.

Sementara itu, berlaku kekecohan hampir 10 minit sewaktu empat wakil kerajaan negeri Selangor keluar meninggalkan dewan.


Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih menunggu di dalam dewan.

Tindakan seorang penyokong pembangkang berbangsa Melayu menjerit perkataan‘Cina Babi’ hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.

Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan.  - Mynewshub

1 comments:

Anonymous said...

Sketsa Pagi Mencari Pulau Idaman
dinturtle

http://dinturtle.blogspot.com/2012/09/sketsa-pagi-mencari-pulau-idaman.html
Sebuah sketsa yang dikirim oleh seorang pengomen bernama Anonymous, Bin dia tak sebut, di artikel sebelum ini. Suka saya berkongsi dengan pembaca di pagi ini sebelum kerja menggosip sebenar bermula hehehe .... oya, ayat yang 'kona baring' tu saya tambah.

Cerita mengisahkan perjalanan sekumpulan manusia didalam satu kapal mencari Pulau Idaman..


Dlm kapal tu ada 3 group. Setiap group mempunyai ahli kumpulan masing2. Group1 diketuai oleh mat jenin, group2 diketuai oleh apek tua dan group3 diketuai oleh pak lebai. Mat jenin telah melantik dirinya sendiri sbg kapten kapal.



Semasa kapal tu berada di tengah2 lautan, tiba2 laut bergelora dan menyebabkan kapal terhuyung-hayang dibadai ombak ganas. Memandangkan kapal tersebut terlebih muatan, ianya berisiko tinggi utk karam.

Maka, kapten kapal pun bertanya kpd anak2 buahnya. Siapa yg sanggup dikorbankan? Tiba2 ahli2 dari group pak lebai berebut2 menawarkan diri. Mereka berkata, "kami sanggup mengorbankan diri demi jihad menuju pulau impian." Selepas menyatakan kesanggupan mereka mengorbankan diri, maka seorg demi seorg terus terjun ke laut. Sehingga tinggallah pak lebai seorg diri.


( TAKBIIIIIILLLL ! ....... Jerit apek tua tu setiap kali seorang terjun kedalam laut
TAKBIIiiiiiiiirrrrrrrr ....... sahut sipenerjun sambil hilang ditelan ombak )


Selepas itu, kapal pun kembali stabil. Saat kegembiraan mereka nampaknya tidak lama kerana tiba2 angin bertiup kencang. Kapal tersebut bergoyang-goyang ditiup angin.

Maka, sekali lagi kapten kapal bertanya, "kali ini siapa yg sanggup korbankan diri sendiri". Tiba2 ahli2 dari kumpulannya sendiri menyahut,"kami sanggup". Kemudian mereka terus terjun ke laut mengorbankan diri sendiri.


( LEFOMASI ! ! teriak apek tua itu setiap kali seorang terjun keluar .....
Reformasiiiiiiiiiiiiiiinnn ..... sahut sipenerjun .... erk ! yang nnnnn itu mungkin merujuk kepada rasa air laut )

Kapal pun kembali menjadi sedia kala dan mul belayar dgn tenang. Sehingga tiba di suatu kawasan perairan yg penuh dgn jerung ganas. Jerung2 itu melanggar kapal itu dan menyebabkan kapal berada dlm keadaaan yg bahaya. Jerung2 itu memerlukan seorg manusia sbg korban sebgai syarat utk melepaskan kapal itu.

Oleh itu, pak lebai menawarkan diri demi menyelamatkan kapal itu. Atas dasar jihad, pak lebai pun terus terjun dari kapal tu. Selepas menerima habuannya, jerung2 itu pun melepaskan kapal itu utk meneruskan pelayarannya.

( Seperginya aku ini, kamu teruskan perjuangan kami ! pesan pak lebai itu sebelum terjun.....
HULUD ! HULUD ! HULUD ! teriak apek tua bersama orang2nya ... )

Selepas sebulan belayar akhirnya kapal tersebut telah semakin hampir dgn pulau impian. Hanya dlm jarak kira2 10km sahaja. Di pulau itu memang menjadi idaman semua kapal kerana di situlah terletaknya harta karun yg melimpah ruah.

Oleh kerana ketamakan telah menguasai apek tua dan gengnya terhadap harta tersebut, mereka merancang supaya mat jenin merangkap kapten kapal tidak mendapat bahagiannya. Tiba2 mereka mendapat satu akal. Mereka terus mengikat kapten kapal dan ramai2 menghumbankannya ke dlm laut. Maka mati lemaslah kapten kapal tersebut. Akhirnya, apek tua melantik dirinya sendiri sebagai kapten kapal dan terus melantik dirinya sebgai ketua kampung pulau impian.

Begitulah kisahnya........

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.