JET SAYA DITAJA TANPA SEBARANG KEPENTINGAN...BUKAN DISEWA....


Anwar kata ditaja manakala Tian Chua pula kata disewa...??Anwar kata jet tersebut milik kenalannya iaitu seorang businessman KL...tapi lain pula pendedahan yang dibuat oleh blogger StopTheLies...Yang mana satu betul ni...
We have obtained more information about this Great Chameleon’s trip to Sabah and Sarawak on Sept 16.
The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York.
It’s an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate.
The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental. 
Ini pula kenyataan Anwar..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan 'tajaan' daripada seorang kenalan.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan 'tajaan' seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.



"Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya...saya nak pinjam," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.

"Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpengkalan di Kuala Lumpur.

"Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan," katanya.

Media hari ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di internet.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.

"Mengapa kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook," katanya.

Dalam pada itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.

"Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor...tapi tak ada," katanya.

Kelakar juga Anwar ni...sempat lagi nak buat lawak...Agak-agak la...ingat rakyat bodoh ke..kalau ada kepentingan pun..minta tanah ke atau minta projek ke...tak kan la Anwar nak bagi tau pada rakyat...sendiri makan sendiri simpan laa...bodohla kalau dedahkan pada rakyat....itu kantoikan diri sendiri namanya....




JET SAYA DITAJA TANPA SEBARANG KEPENTINGAN...BUKAN DISEWA.... JET SAYA DITAJA TANPA SEBARANG KEPENTINGAN...BUKAN DISEWA.... Reviewed by Empayar Pemuda on 3:54 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.