Thursday, September 20, 2012


Inilah bukti yang mengesahkan bahawa PAS sebenarnya takut dan tunduk pada DAP...Cuba tengok kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz ini...EP rasa seluruh rakyat Malaysia dah tahu pasal isu Ngeh Koo Ham yang mempersoal tindakan orang Islam dalam mempertahankan maruah dan nama baik Nabi Muhammad SAW..tapi Nik Aziz boleh kata "Oh..saya belum baca lagi"...

Belum baca ke atau takut nak komen Nik Aziz ooiii...


               
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, yang memperlekeh tindakan umat Islam membantah serta menentang filem anti-Islam 'Innocence of Muslims'.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata ini kerana beliau belum membaca kenyataan Ngeh itu.
"Oh (kenyataan itu) saya belum baca lagi," katanya sambil menunjukkan isyarat tangan beliau enggan mengulas kenyataan Ngeh sebelum beredar meninggalkan wartawan.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Kelantan di Kota Darulnaim pada Rabu.
Nik Aziz diminta mengulas tindakan Ngeh yang mengeluarkan kenyataan 'Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?' dalam laman twitternya.
Filem arahan Sam Bacile, 52, dari California itu, yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam, telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia selepas disiarkan dalam laman YouTube. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.