HOT : TINDAKAN MUHAMMAD AMMAR TUNJUK BONTOT MEMBUATKAN ANWAR TERSENYUM...


Pakatan semakin bangkrap idea dan cara untuk berhadapan dengan BN. Pakatan semakin gagal menterjemahkan politik secara rasional dan beradab.
Hari ini bontot dan tapak kaki pun turut dijadikan modal untuk menghina pemimpin negara.
Bendera rasmi negara yang sudah diterima bulat-bulat oleh rakyat negara ini selama lebih 55 tahun turut dijadikan barang permainan. Perkara yang kita tidak pernah terfikir akan dijadikan isu telah diolah menjadi suatu isu.
Mak kencing duduk, ayah kencing berdiri, anak kencing berlari. Pengikut pakatan semakin tidak mampu lagi menggunakan akal secara rasional. Kewarasan politik sudah berada di bawah par adab kemanusiaan.
Semua petunjuk ini membayangkan kebangkrapan idea pemimpin pakatan sudah mencapai tahap maksima.
Terbaru, kisah bas mewah PKR disimbah cat. Sebelum subuh bas disimbah. Selepas subuh mereka sudah tuduh UMNO buat semua kerja jahat ini. Selepas duha sudah pertikai polis selalunya tidak respon dengan puluhan lapuran polis yang dibuat oleh pakatan.
Sungguh cantik susunan cerita bagi mengalih pandangan rakyat dari isu bas mewah kepada kejahatan kononnya tak lain tak bukan, dilakukan oleh UMNO. Tak ko cilako punyo kojo.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah jiwa pemimpin pakatan, khususnya Anwar sudah terperangkap dengan perasaan “tidak mahu menerima kenyataan”.
Sebagai orang politik, mereka cepat membaca sesuatu. Mereka sedar bahawa “keadaan  yang berlaku semakin tidak menyebelahi mereka lagi”.
Tong gas silinder yang selama ini dipenuhi dengan gas beracun yang digunakan untuk memanaskan suhu kebencian rakyat terhadap BN sudah beransur kehabisan gas. Apabila gas beracun semakin kehabisan, api kepanasan dan kebencian rakyat terhadap BN pun beransur sejuk.
Keadaan ini yang seboleh-bolehnya yang yang mahu dikekang oleh pakatan.
Sifat tidak mahu menerima kenyataan inilah yang menyebabkan mereka semakin hilang punca dan pedoman. Tongkat dan ular pun mereka anggap tiada beza.
Antara lubang jamban dan gambar PM pun mereka sudah tidak kenal. Kaki makan aiskrim dalam jamban mereka muliakan, gambar PM dihina dan dibontot-bontotkan. Shamsidar Taharin dipertahankan, Rosmah dihina habis-habisan.
Kebencian dan dendam kesumat bermaharajalela, diangkat hingga ke mimbar-mimbar khutbah untuk memotivasi perjuangan penyokong mereka agar menjadi lebih taksub.  Fakta, keadilan dan kebenaran untuk dinilai secara waras telah digantikan dengan sentimen kebencian yang meluap-luap.
Puak Pas yang rata-ratanya berilmu tinggi sepatutnya maklum sesangat bahawa tidak mungkin semua perbuatan kotor ini akan mendapat keredhaan Allah. Allah tidak mungkin boleh diajak bersubahat dan bertindak sepertimana hambaNya yang sering melindungi semua kerja kotor di bawah karpet.
Pembangkang janganlah mengharapkan Allah akan menurut saja segala  kehendak dan citarasa mereka.
Jangan cuba menghina Allah swt sehingga menyamatarafkan Allah dengan para pengikut taksub mereka yang begitu mudah “diayat” dan “dikudakan” melalui pelbagai helah politik.
Jalan menuju ke Putrajaya buat pakatan semakin tertutup. Pakatan terpaksa mengorek jalan bawah tanah atau secara gerakan subversif dengan melanggar segala etika dan adab-adap demokrasi demi untuk meloloskan diri ke Putrajaya di atas jalan machiaveili… Cara haram, cara halal, cara adil dan cara zalim semua diadunkan sekali.
Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)

HOT : TINDAKAN MUHAMMAD AMMAR TUNJUK BONTOT MEMBUATKAN ANWAR TERSENYUM... HOT : TINDAKAN MUHAMMAD AMMAR TUNJUK BONTOT MEMBUATKAN ANWAR TERSENYUM... Reviewed by Empayar Pemuda on 2:17 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.