Thursday, September 13, 2012


Dalam kekecohan penyanyi wanita, Mizz Nina yang dihentam teruk kerana terlibat mengadakan persembahan sempena Guinness Arthur’s Day, rakan persembahan Mizz Nina, Ning Baizura tidak pula banyak berbicara.

Hanya Mizz Nina sahaja yang bersungguh-sungguh menjawab segala pertanyaan ramai pihak kepada dirinya. Malah, Mizz Nina turut mempersoalkan kenapa baru sekarang pihak-pihak tertentu membangkitkan isu dia mengadakan persembahan yang bersangkut-paut dengan hal arak.

Lain pula bagi pihak Ning Baizura. Ning melalui laman rasminya, ning-baizura.com, telah menyatakan dengan jelas tidak tahu yang dirinya terlibat dalam persembahan Guinness Arthurs’ Day.

Pada mulanya, dia dimaklumkan yang dia hanya ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk mengadakan persembahan pada 28 September depan dan bukanlah pihak Guinness Anchor Berhad (GAB).

“Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB,” tulis Ning di laman rasminya.

Selain itu, Ning turut menjelaskan yang wajahnya telah diguna pakai untuk poster promosi hari tersebut oleh pihak GAB tanpa izinnya.

Justeru itu, tegas Ning lagi, dia telah menarik diri dari sebarang acara yang diuruskan oleh pihak Souled Out di Mont Kiara.

“Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

**Adakah Ning akan menyaman pihak Guinness Anchor Berhad kerana isu ini...sama-sama kita tunggu...

3 comments:

Anonymous said...

Saman menuntut maaf boleh kot tapi saman nak minta duit gantirugi apa pulak hukumnya sebab duit mereka jelas duit arak.... Bagaimana pulak dengan kos Mahkamah walaupun untuk tindakkan menuntut maaf? Kalau Guiness banyarkan untuk Ning maknanya guna duit arak juga. Harap ada yang dapat beri penjelasan.

Anonymous said...

habis duit kat bank tu yg kluar masuk tu ko ingat semuanya dtg dari kedai halal ke anon no 1? duit fizikal tu semua dah bercampur dgn kedai arak judi pelacuran etc. cuma dlm banking system saja dipisahkan, bermakna dipisahkan halal haram di atas kertas sahaja. !!!! duit fizikal tu nak pisahkan mcm mana??? takkan na bundle duit yg ini halal yg ini haram.... peace brother !!!

Anonymous said...

suasah2 tak tahu mana duit halal, mana duit haram, guna saja duit yg cetak sendiri yg ada tanda 'halal'!! he he

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.