HOT : NAMEWEE TERSENYUM LEBAR BILA BACA BERITA INI......



Disebabkan anak yang tak "matang" dan bangang.. ibubapa yang menanggung terpaksa tanggung malu...terpaksa merayu meminta maaf....EP tak salahkan ibubapa budak tu...ibubapa mana yang tak sayangkan anak...bagi EP tak salah DS Najib dan juga rakyat Malaysia maafkan budak tu...alasan yang digunakan ialah dia masih mentah dan terpengaruh dengan rakan-rakan..

Modus operandi yang akan digunakan oleh ibubapa budak bangang itu mungkin sama dengan kes namewee dulu...jumpa ahli politik mohon pertolongan untuk memohon maaf pada rakyat Malaysia..lepas tu tutup kes tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang walaupun menghina negara...tetapi adakah namewee insaf selepas itu???Rasanya tidak...lebih besar kepala ada la...kerana rasa dirinya kebal dan jadi perhatian...

Sama juga dalam kes ini...EP yakin DS Najib dan DS Rosmah pasti akan maafkan budak ini...mungkin juga sebahagian besar rakyat Malaysia yang mempunyai anak aka melakukan perkara yang sama...tetapi negara kita masih ada undang-undang...salah tetap salah dan setiap kesalahan yang dilakukan perlu dihukum supaya ianya dapat dijadikan pengajaran pada yang lain...supaya mereka tahu negara kita ada undang-undang dan ini dapat membuatkan mereka berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu yang keji di khalayak ramai. Allah telah kurniakan "akal" supaya kita berfikir.

Cukuplah namewee seorang yang terlepas dari hukuman kerana terbukti dengan cara memaafkan sahaja tidak cukup untuk menyedarkannya....



"Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku.
"Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.
"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri.
"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya.
HOT : NAMEWEE TERSENYUM LEBAR BILA BACA BERITA INI...... HOT : NAMEWEE TERSENYUM LEBAR BILA BACA BERITA INI...... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:59 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.