Wednesday, September 5, 2012



Setelah kantoi ingin menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera yang seakan-akan Indonesia, Singapura dan komunis, Pakatan Rakyat kini terkebil-kebil cuba mencari alasan yang masuk akal untuk menjelaskan isu ini.  

Mulanya mereka pantas menafikan yang mereka punya rancangan untuk menukar bendera Malaysia tetapi di masa yang sama, mereka langsung tidak mengecam tindakan membawa bendera yang lain dari bendera Malaysia ke sambutan Hari Merdeka.  Malah, Anwar sendiri bertindak membela tindakan tersebut sebagai tiada salahnya kerana ia adalah bendera Sang Saka Malaya.  

Bagi seorang pemimpin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri untuk mengtidak-apakan perbuatan mengibar bendera lain selain bendera Malaysia di Hari sambutan Hari Kemerdekaan Negara adalah pelik sekali.  Hari Kemerdekaan adalah hari keramat di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat secara rasminya.   

Apa lagi yang boleh menjadi simbol utama kedaulatan itu selain dari bendera negara?   Jika bendera negara sudah diketepikan dan terdapat pula risalah menolaknya diedarkan, bagaimana ia masih dianggap tidak apa oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin PR?  

Persoalannya kini ialah, kenapa Anwar atau PR cuba menafikan niat sebenar mereka untuk menukar bendera Malaysia?  Kenapa mereka tidak mengakuinya saja sedangkan seluruh rakyat sedia maklum akan niat tersebut melalui tindakan pemimpin mereka sebelum ini yang menghina bendera Jalur Gemilang.   

Kenapa PR perlu gusar apabila bendera tersebut dikaitkan dengan komunis, Indonesia dan Singapura?  Sedangkan seluruh rakyat tahu bagaimana pemimpin mereka membela Mat Indera, malah Chin Peng sebagai wira.  

Nampaknya PR ingin terus berdolak dalih mengenai agenda mereka sendiri.  Seharusnya, mereka berani menyatakan secara terus terang niat sebenar mengenai rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia.   PR wajib menyatakan ideologi dan hala tuju sebenar perjuangan mereka sebagai anak jantan dan tidak perlu lagi berselindung di sebalik perjuangan ‘hak asasi’, ‘kesamarataan’ atau pun ‘Negara Islam’,  

Tetapi ini tidak berlaku.  Apakah yang pemimpin PR takutkan?  

Mungkin alasannya ialah takut ditangkap dan dipenjarakan atas akta hasutan atau ancaman kepada keselamatan negara.  

Namun, bukankah perjuangan itu memerlukan pengorbanan?  Bukankah Anwar juga yang sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyi yang ditangkap kerana mempertahankan perjuangan?  

Pastinya kerana Anwar bukan pemimpin yang setaraf dengan mereka-mereka itu walaupun benar beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan.  

Bezanya, Anwar ditangkap kerana meliwat dan salahguna kuasa bukan kerana mempertahankan ideologi atau apa-apa perjuangan.  Malah Anwar tidak ada masalah dengan sistem pemerintahan negara pada ketika beliau ditangkap serta berjaya mengumpul kroni dan harta yang bertimbun melalui sistem yang sama.  Segala-gala tentang negara ini hanya menjadi tidak betul selepas beliau dipecat.  

Dan tentu sekali, sebagai biseksual tegar, Anwar tidak cukup jantan untuk mengakui perjuangannya yang sebenar iaitu ke arah menubuhkan Republik Malaysia serta menghapuskan Raja-raja.  Anwar takut masuk penjara lagi kerana beliau sebenarnya seorang pengecut dan tidak sanggup meninggalkan kemewahan dan keselesaan yang dinikmatinya di luar penjara.   

Kerana itu, Anwar membiarkan Najwan Hilmi sendirian menjawab isu mencipta bendera baru sedangkan beliau dan pemimpin-pemimpin lain menafikan sebarang hubungkait dengannya.  

Walaubagaimanapun, hakikatnya, Anwar dan PR telah pun kantoi dan mereka sendiri tahu bahawa penafian mereka tidak lagi bermakna.  

Kini, Anwar dan DAP pastinya jenuh memikirkan strategi baru untuk menutup niat sebenar mereka manakala PAS pula jenuh memikirkan hujah dan mencari dalil untuk membela apa jua penjelasan DAP dan PKR mengenai isu bendera, hatta mengenai Republik Malaysia, jika perlu.  

Sampai bila PR akan mengelirukan rakyat?  Dan apakah masih ada rakyat yang terus keliru dengan agenda sebenar PR setelah segalanya kini terbongkar?  

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.