Wednesday, September 12, 2012


Ramai yang suka dengar ceramah Azhar Idrus.. Mungkin selain dari diorang cari pengetahuan pasal ilmu agama, mungkin diorang lebih tertarik pada lawak jenaka yang selalu ada dalam ceramah ustaz tersebut..


Walau bagaimanapun, ramai juga yang tak berapa 'berkenan' dengan stail ustaz ni berceramah yang dikatakan berat sebelah menghentam kerajaan, tapi tak mampu menegur pentadbiran kerajaan negeri Pakatan khususnya Pas..



Sebelum ni, Azhar Idrus juga pernah menggelarkan kerajaan BN sebagai kerajaan syaitan.. Puncanya cuma negara ni ada menjual arak dan juga pusat perjudian..Tapi Azhar Idrus tak pulak berani tegur Kerajaan Pas Kelantan yang banyak bina rumah berhala dan juga tokong-tokong buddha yang ada setinggi bangunan 3 tingkat..

Azhar Idrus juga tak berani tegur Kerajaan Pas Kedah yang luluskan banyak pusat hiburan sejak mengambil alih pentadbiran negeri dari BN..Di kedua-kedua negeri jajahan Pas tersebut juga, ada penjualan arak secara terbuka serta kedai menjual nombor ekor.. Tapi didiamkan pulak oleh Azhar Idrus.. Kenapa agaknya ye?

Azhar Idrus juga pernah mengkritik pemimpin BN yang kononnya bermewah-mewah sedangkan rakyat susah dalam negara..Tapi korang kena tahu, Azhar Idrus sendiri pakai kereta mewah untuk pergi ceramah.. Dia nak suruh pemimpin kerajaan zuhud, tapi dia sendiri cakap tak serupa bikin..

So.., adakah Azhar Idrus layak digelar pendakwah Islam? Adakah pendakwah Islam boleh 'pilih bulu' dalam menyampaikan kebenaran?

Kalau Azhar Idrus berani 'belasah' kerajaan BN yang dia dakwa tak islamik, apakah Azhar Idrus setuju dengan topeng Islamik yang dibawa oleh Pas? fikir-fikirkan...Mungkin Azhar Idrus setuju sebab dia sendiri pun bertopengkan agama untuk cari makan..kalau tegur nanti termiss pula nak bayar bulanan kereta ferarri...

Atau mungkin juga Azhar Idrus tak berani hentam Pas sebab dia tahu kebanyakan jemaah Pas lebih mudah untuk diperbodohkan dengan manipulasi agama.. (Nik Aziz dah lama buat kerja ni..) Maka tak heranlah kalau Azhar Idrus tak dibenarkan berceramah di banyak negeri dalam Malaysia...Termasuklah yang paling baru.., di Kuala Kangsar.. - MPP


Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya. 

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

2 comments:

Anonymous said...

ostad express ni bek sepak masuk kandang babi lg bek...sesedap dia je nk bg ceramah bkn2.. tang mana hala la dia p blajaq ilmu bkn ramai yg tau pun.. la ni alih2 ada peminat fanatik dia dok gebang ckp ostad celop ni blajaq smpai mekah.. weii ckp kosong sj xley pakai la beb... dh brp bnyk dosa la jnis2 ostad camni dh wat dosa kat umat islam yg len??

Anonymous said...

ustad nak duit je dia ni

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.