Wednesday, September 12, 2012

Hahahaha....inilah pakatan yang rakyat sangat...bila ada saja isu yang tak mampu nak diselesaikan...maka isu atau perbalahan tersebut tersebut merupakan pendirian peribadi dan bukannya masalah parti....macam haram je...

Padahal perkara yang dibincangkan merupakan dasar atau halatuju parti...macam mana mereka boleh klasifikasikan perbalahan ini sebagai pendirian peribadi...tak ke lawak...

Bagaimana pula dengan pendirian Anwar dan Kit Siang...adakah mereka bersetuju dengan Ustaz Nasha...atau mereka bersetuju dengan Karpal...EP rasa mereka sendiri pun tak berani nak jawab persoalan itu...ataupun jawapan mereka bersetuju untuk tidak bersetuju...

EP rasa adalah lebih elok puak puak ni selesaikan masalah dalaman ini dulu sebelum menyalahkan pihak lain dalam dalam melaksanakan hudud...kerana pihak yang dipersalahkan oleh mereka sudah ada pendirian yang tetap padahal mereka sendiri tak ada pendirian dalam menyelesaikan masalah ini...


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendapat perbalahan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi kedua-dua pemimpin berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan campur tangan dalam perbalahan berkenaan kerana melihat isu tersebut sebagai masalah dalaman PAS.

"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyokong kenyataan Anwar dan menegaskan parti itu tidak pernah campur tangan dalam isu perbalahan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Soal Karpal-Nasha isu dalaman PAS. DAP tidak pernah campur tangan," katanya.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Bachok itu menyifatkan Karpal sebagai anti Islam kerana menolak dan menentang keras pendirian PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Kenyataan itu menyebabkan Karpal dalam perkiraan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nasharudin.

Malah, Nasharudin menyatakan kesediaan untuk bertemu Karpal di mahkamah.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.