HOT : AISHAH AKAN BERTANDING DI REMBAU MENENTANG KJ...



Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang. 

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik. (Terpaksa tolak sebab tak bersedia lagi ke atau tak dapat dapat tawaran rasmi lagi dari PAS...biasala nak                                                                                      

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.  

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.


"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.


Aishah, bekas pelajar Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di sebuah kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang kata putus dari pihaknya atau PAS walaupun beliau mempunyai peluang besar di sana.

Menurut Aishah, tekadnya hanya satu  ketika mengisi borang keahlian PAS, iaitu untuk menjadi jentera PAS untuk memastikan PAS melangkah ke Putrajaya.

Sebagai golongan artis jelasnya, kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya turut serta ke program yang PAS anjurkan.

"Bila mereka (peminat) datang bertemu di majlis anjuran PAS sekaligus memberi 'point' pada PAS itu sendiri. 

"Tambahan lagi bila saya ceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui setelah aduan kepada Menteri yang terlibat dengan Hal Ehwal Wanita tidak diendahkan pasti ada yang simpati dan mengangap Barisan Nasional  (BN) bukan tempatnya bergantung harap sebab orang yang ada nama pun tidak diberikan perhatian apatah lagi masyarakat biasa," ceritanya pada ratusan hadirin. - HARAMKAH

**Patutla si Aishah beriya-iya tolong PAS memburukkan kerajaan dalam ceramahnya..Teringin nak jadi calon rupanya...Yang bestnya Aishah kata dia tak sedia lagi nak bertanding tapi tempat dan peluang kemenangan dia dah tahu...hebat kan... 

Lagi satu..Aishsh sendiri dah mengaku yang PAS hanya peralatkan artis untuk meraih sokongan dari peminatnya...tak lebih dari itu.."kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya"..

***Elok la tu..lepas ni tajuk lagu JANJI MANISMU bolehla ditukarkan pada JANJI MANISKU...hahaha...baru kena dengan perjuangan PR...

HOT : AISHAH AKAN BERTANDING DI REMBAU MENENTANG KJ... HOT : AISHAH AKAN BERTANDING DI REMBAU MENENTANG KJ... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:27 AM Rating: 5

1 comment:

Popular

Powered by Blogger.