Sunday, September 9, 2012



Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza kelmarin mengeluarkan satu entri di blog beliau yang penulis sifatkan penulisan yang seimbang.
Beliau tidak mengampu kerajaan atau membabi-buta menyokong parti pembangkang.
Kedua-dua belah pihak beliau berikan nasihat.
Memandang kepada kedudukan beliau dan tahap pendidikan agama yang dimilikinya, maka beliau adalah antara orang yang selayaknya untuk menegur kedua-dua belah pihak.
Beliau juga berhati-hati kerana tidak menyebut nama mana-mana individu atau kumpulan, namun penulisannya jelas dan semua boleh tahu ia merujuk kepada siapa.
Dalam entri berkenaan, Dr Maza ada menyentuh satu bahagian berhubung sikap artis yang berhijrah dan secara tidak langsung menegur sikap PAS yang berbelanja banyak untuk mengusung artis ke sana-sini.
“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.
“Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya,” katanya dalam entri itu.
Bahagian ini rasanya kita semua boleh agak siapa yang paling cepat terasa walaupun namanya tidak disebut.
Siapa lagi kan….kalau bukan Ustazah Abby Abadi.
Walaupun tanpa menyebut nama, nampaknya Abby terasa betul kena kat batang hidung dia.
Dan seperti biasa…Abby memulakan syarahan dan memperlihatkan ‘tahap keilmuaan agamanya yang sangat tinggi’ di Twitter.
Abby nyata tidak dapat menerima bahagian ‘Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’’…
Tweet Abby;
JUAL MUKA & JUAL BODY? Fitnah tu… Sy xpernah terlintas lgsg smpai nk gadai maruah diri smata2 utk parti. Fitnah btebaran, dosa bpanjangan
http://i.imgur.com/TR8fJ.jpg
Eh Abby…terasa ke? Dr Maza tak sebut nama kamu…nape terasa?
Dr Maza tidak cakap pun kamu jual body atau jual muka.
Mesti Abby terasa dia mungkin dilabel bodoh hal agama dan hanya laku di pentas PAS pasal dia artis.
Lagi menarik kalau tengok Tweet Abby yang macam hendak mengajar Dr Maza secara sinis dan penuh sindiran (tanpa menyebut nama);
http://i.imgur.com/dq7UN.jpg
Betul-betul hebat Abby basuh Dr Maza kat Twitter.
Perghhhhh…..Abby oh Abby….Kau memang hebattttt!
Mynewshub

14 comments:

C L J said...

UKURLAH SEPATU SEPADAN KAKI SENDIRI. TAKUT KELAK BERDENGKET JALANNYA DAN MELECUR KAKINYA.

Fatin Diyana said...

sy follow both twitter,klau kak abby brtnye dr.asri dgn baik,,myb xde gdh smpai skrg kot..:).. mcm trkasar sngt cara ptnyaannya kt dr.asri tu..

Anonymous said...

abby tu adalah satu fenomena artis masuk parti politik jer bukan nak berubah pun tapi nak carik makan dan populariti. biasalah lepas PRU13 ni nanti, jgn ade yg terkejut kalau dia terkinja kinja berlakon balik dgn alasan tersilap waktu masuk parti politik dulu. biasa lah artis berlakon. yg x berlakonnya masa kat rumah dan masa tidur jer... kelulusan x seberapa, ckp pasal agama mcm dah reti sgt. kenapa tak mintak berdebat jer pasal agama dgn ... x payah org agama sgt la, ustazah kat sekolah pun si abby ni akan kena TKO. elok biarkan jer dia meroyan sorg2 tulis apa dia nak, x payah reply ke apa ke biar lembu2 yg sokong dia jer yg balas. lama2 lepas tak dapat perhatian nanti senyap la tu..... hahahahha take beer PAS!!

Anonymous said...

Nak belajar bagus, tapi jangan over2. Syaitan bersorak riang ria, sebab target nak sesatkan 70% dalam hal2 agama ni senang sgt...

Anonymous said...

apabila manuisia tiada ilmu dan merasa dia ada ilmu maka inilah jadinya. tetapi dia tetap dijemput dalam segala macam program pas demi mengumpulkan crowd. seperti mat sabu dia juga bukanlah lulusan agama tetapi diangkat setaraf ulamak tersohor. mahfuz omat pun sama ... ulamak pas ...

Anonymous said...

teruk dah si abby nih..

1. Faktor SABAR takde..asyik nak kenakan dan cari fasal dgn orang lain.

2. Faktor KELIRU yang amat ketara.. kononnya jangan persoal rezeki la, hukum Allah la..tapi dia sendiri pernah kata akan berlakon semula jika BN bukan kerajaan sebab rezeki artis macam dia kena halang..WTF?

betulkah berhijrah kerana IMAN wahai abby???

Anonymous said...

Sekolah tak tinggi tapi belagak mcm pandai sgt hal ilmu agama ni.org yg bertahun2 merantau mendalami ilmu agama pun tak riak mcm si abby ni.tak ke mana pun si abby ni.nanti kene buku dgn ruas baru dia tahu.tuhan tu maha adilll.

Anonymous said...

abby,ko mgajarla org2 pas je,xperlu nak mgajar rakyat malaysia yg lain.xsanggup aku nak berguru dg ustazah segera mcm ko.perdalamkan ilmu agama ko,g blajar semula lepas beberapa thn then dtg balik ngajar agama..itu lebih baik.daripada smlm blakon gerak khas 2hari kemudian jd ustazah

Anonymous said...

Sy sokong abby abadi!

Anonymous said...

Malaslah layan artis gila glamour ni..perasaan tak sejak masuk PAS ni si artis ni nama nya selalu disebut sebut di alam maya kalah Mak Iti kita yek..kalau famous bergaduh apa ke jadah nya..

Anonymous said...

Apa hal dengan kau ni Abby Abadi baru je menyertai parti berlabelkan Islam dah terasa diri lebih Islam dari orang Islam yang lain. Betullah ramai orang cakap nak jadi ustazah segera masuk la PAS nescaya dosa2 yang terdahulu terus gugur ibarat macam bayi baru lahir dengan syarat mesti mesti gambarkan UMNO dan BN dengan imej yang buruk seburuk-seburuknya dan jahat sejahat-jahatnya barulah sempurna Islam dia.

Anonymous said...

sedikit nasihat buat abby....klau nak berhujrah bukan dgn cara masuk pas...bagi org yang mengkaji dan guna akal waras...pas adalah sebuah parti yang jelas memecahkbelahkan umat islam kat msia ni...siapa yang menyebabkan solat 2 imam dlm 1 masjid, siapa yang menyebabkan suami ceraikan isteri kerana berlainan parti, siapa yang menyebabkan semua org islam UMNO dikafirkan sedangkan UMNO menyembah kepada allah yang ESA..siapa yang menyebabkan umat islam di msia kini berpuak2...klau bukan PAS...siapakah ulamak yang mengajar pengikutnya mencaci maki saudara seislamnya klau bukan ulamak pas....siapakah yang suka mempermainkan hukum allah..mengikut seleranya klau bukan ulamak2 pas...siapakah yang menipu rakyat kelantan yang sehingga kini merupakan negeri paling daif dan miskin dgn pelbagai masalah sosialnya..klau bukan PAS....TERUS TERANG SAYA MEMANG AMAT MARAH DGN ULAMAK2 PAS...HANYA SEDIKIT YANG BOLEH DIIKUT..LAINNYA BANYAK MEMBAWA KPD KEROSAKAN UMMAH...masih ingat tragedi MEMALI??? siapa puncanya...klau bukan kerana amanat HAJI HADI...ingat tn haji HADI kamu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti kerana fatwa songsang kamu dulu...hingga menyebabkan mangsa memali di kebumikan tanpa dimandikan...dgn alasan kononnya syahid....ingat baginda nabi ada mengingatkan kita ...klau 2 orang islam berbunuhan...yang membunuh dan terbunuh akan masuk neraka...tapi dlm hal ini..mangsa memali adalah golongan yang teraniaya kerana amanat haji hadi itu...sapa yang akan bertanggungjawab kpd mereka di kahirat nanti...kerana jelas mati mereka bukan syahid...ingat hj hadi...kamu tak akan terlepas dihadapan ALLAH nanti di mahsyar...tunggulah...

Anonymous said...

kepada pengikut2 PAS...jangan sekali2 mengiyakan apa yang ulamak2 kamu katakan...berfikir dgn akal waras...jangan angguk2 jangan geleng2 akan setiap apa yang dikatakan dlm ceramah oleh ulamak2 kalian...ingat peringatan ALLAH bahawa pada akhir zaman akan ada segolongan ulamak dan cerdik pandai islam yang sanggup menjual agamanya demi kantung perutnya...sanggup mengubah2 hukum mengikut seleranya....sanggup menyesatkan pengikutnya untuk kepentingan dirinya....lupakah kalian dgn kisah ulama terbilang indonesia...HAMKA seorang tokoh ulamak yang lebih tinggi ilmu dan zuhudnya daripada nik aziz dan hadi awang...namun itulah contoh ulama terbilang yang sanggup dipenjara 3 tahun oleh sukarno kerana enggan menyertai kabinet sukarno...kerana beliau bijak dan tahu...bahawa jika beliau masuk politik...tentu beliau akan dipaksa oleh sukarno utk mengeluarkan fatwa2/ hukum2 yang pasti hanya mengikut acuan sukarno...dan bukannya berpaksikan al quran dan hadis ....tapi ulamak pas pula sebaliknya...yang tidak setuju dgn puak mereka ...dikafirkan, dicaci maki, diumpat keji...hinggakan menjadi punca perpecahan ummah, perceraian, perbalahan dan macam2 lagi...maaf kpd tn guru nik aziz...tuan adalah manusia lidah bercabang...dulu sibuk suruh mantan tun mahathir yang banyak berjasa supaya berhenti kerana lanjut usia...tapi la ni...tn guru adalah manusia yang tidak sedar diri kerana tamakkan kuasa...ingatlah tn guru...makin lama tn guru dlm politik maka..makin banyaklah silapnya...berhentilah...selagi allah masih beri nikmat sihat dan akal waras...20 tahun lebih umur subsidi yang allah beri telah banyak tn guru gunakan utk politik yang merugikan umat...main banyak fatwa2 songsang yang telah tn guru taburkan kepada pengikut2 taksub dan membuta tuli...kerana mereka percaya bahawa apa yang tn nguru katakan benar beaka...walhal.banyak yang mengelirukan dan hampir menyesatkan....sesungguhnnya saya sayang tn guru...moga hayat tn guru nanti dlm husnul khotimah...

Anonymous said...

siapa kita tuk mengajar mufti yg dah sah2 tinggi ilmu agamanya..hidup nie kena sedar diri..org bagi pandangan kena terima sebab kita xbnyak ilmu pengetahuan..bukan mengajar mufti tu balik..dia dah tau hukum hakam..ilmu pun bertimbun2 boleh lak nak g ajar dia..mengikut pada penghijrahan yg sebenar..baru2 berhijrah dah tentu ilmu kita tak banyak maka kita perlu pergi untuk menuntut ilmu agama sebanyak mungkin..bukan dengan menuntut ilmu dengan ulama PAS yg dah jelas2 b0leh mengelirukan..jumpa tok guru pondok..minta kasi ajar ilmu..nie mengaku diri tu ISLAM..tapi asyik2 dup fitnah maka xder makne laa niat asal penghijrahan tu..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.