427 LAPORAN POLIS DIBUAT UNTUK APA????



Banyaknya laporan polis dibuat...untuk apa ye??Adakah mereka-mereka yang biadap ini akan dikenakan tindakan???

Sebanyak 427 laporan polis telah dibuat berhubung perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara serta membawa bendera 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang pada malam ambang merdeka 30 Ogos lepas.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini berkata bagaimanapun tiada tangkapan baharu berhubung kes itu setakat ini.

Menurut laporan sebelum ini, bilangan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang marah dengan tindakan biadab kumpulan tersebut terus meningkat dengan lebih 250 laporan polis dibuat setakat minggu lepas.

Semasa himpunan itu, sekumpulan peserta perhimpunan dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai.

Polis sebelum ini telah membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat insiden-insiden tersebut berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290 dan 504 serta Seksyen 
427 LAPORAN POLIS DIBUAT UNTUK APA???? 427 LAPORAN POLIS DIBUAT UNTUK APA???? Reviewed by Empayar Pemuda on 9:50 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.