Thursday, August 2, 2012

Sebelum ini portal lowyat.net telah menyiarkan foto sebuah kereta proton Satria Neo yang berwarna jingga terlibat dalam kemalangan. Yang menariknya kemalangan tersebut telah dikaitkan dengan Sultan Johor dan Satria Neo WWW1 miliknya...Spekulasi tersebut telah dinafikan sendiri oleh Tengku Mahkota Johor menerusi akaun Twitternya...



Di dalam tweet HRHJohor2, Tengku Mahkota Johor telah menafikan spekulasi tersebut. Malah, Tengku Mahkota juga menasihati mereka yang memulakan spekulasi tersebut supaya bertanyakan Tengku sendiri.

Cuba lihat tweet Tengku Mahkota Johor :


Tetapi jawapan yang diberikan oleh Tengku Mahkota Johor itu masih lagi tidak dapat memuaskah hati beberapa blogger dan puak-puak pembangkang. Mereka telah menghina dan menuduh Sultan Johor berbohong mengenai isu kemalangan itu..


Cuba baca apa yang disiarkan oleh blogger ini...

Warga internet kecoh lagi dengan kisah Kesultanan Johor, kali ini apabila sebuah kereta Satria Neo yang didakwa bernombor WWW1 terlibat dalam kemalangan. Ada yang mendakwa itu hanyalah taktik untuk menukar nombor WWW1 ke kereta mewah milik Sultan Johor yang lain.
Walaupun TMJ telah menafikan kereta Satria Neo yang terlibat dengan kemalangan tempohari adalah bernombor WWW1, tetapi ramai warga internet yang masih yakin itu lah kereta yang terlibat dengan kemalangan. Hinggakan timbul cerita konspirasi nombor plat WWW1 dialihkan ke sebuah lagi Satria Neo milik Sultan Johor. Dikatakan Sultan dan kerabatnya mempunyai beberapa buah kereta Satria Neo.
Jika betul WWW1 yang terlibat dengan kemalangan, mengaku saja lah. Mengapa perlu dinafikan dan sorok fakta sebenar? Takut rakyat akan mengata Sultan Johor kena tulah Datuk Seri Nizar ke? Bukan apa, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tak kan lah orang pertama yang melaporkan kemalangan tersebut seorang yang buta huruf, tidak tahu membaca antara WWW1 dan JUS1!
EP harap agar ada pihak yang boleh membantu menghilangkan keraguan dan persoalan tentang cerita ini kerana kita tidak mahu rakyat beranggapan buruk terhadap Sultan Johor hanya kerana fitnah dan cerita yang diputarbelit oleh pihak pembangkang dan dijadikan bahan yang tidak elok terhadap Sultan Johor. Daulat Tuanku...

2 comments:

Anonymous said...

Siapa blogger ni..
What the fuck u sebok ..
Mak Bapak lu jatuh miskin ke kalau keta ni accident ...

Anonymous said...

pembangkang tolol tidak tahu membezakan harta peribadi dengan harta kerajaan.Kalau hak orang lain dia nak ceroboh inikan pula hak rakyat...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.