TERKINI : ANWAR KATA KEBEBASAN AGAMA HAK PERIBADI, BUKAN HAK NEGARA ATAU UNDANG-UNDANG...


Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha mengelak membahaskan isu Malaysia Negara Sekular atau Negara Islam, namun persoalan itu sering diajukan terutamanya di kalangan rakan-rakannya di negara Barat, kata wartawan BBC, Australia.
Anwar menjawab, beliau tidak mahu mengesahkan secara jelas tentang persoalan di atas, tetapi memberi jawapan secara berkias dengan mencirikan sifat-sifat negara yang disokongnya.
“Biar saya jelaskan apa yang saya mahu..Negara Liberal Demokratik, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, sistem kehakiman yang bebas..adakah ini sesuai ? Saya jawab, ya..ya..
Walaupun tidak mahu berterus terang, namun ciri-ciri sebuah negara yang disokong Anwar di atas adalah ciri-ciri sebuah Negara Sekular.
Istilah Negara Sekular juga dikenali sebagai Negara Liberal atau Negara Demokratik.
Wartawan BBC ingin pengesahan sekali lagi, “bagaimana dengan kebebasan beragama ?, soalnya.
Anwar menjawab, “Ya..kebebasan beragama yang bermaksud kebebasan mengamalkan apa-apa sahaja kepercayaan..kita komited tentang perkara itu.
“Pendirian kami jelas, iau tentang kepercayaan peribadi atau kepercayaan beragama hendaklah diputuskan oleh setiap individu, bukan oleh negara atau penguatkuasaan undang-undang”.
Menurutnya pendiriannya dan partinya, PKR sangat jelas, iaitu berusaha untuk mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang Liberal dan Demokratik.
“Kami juga menetang slogan Negara Islam yang digunakan oleh Parti Islam (PAS), oleh Mahathir, kita tidak menyokong kedua-dua hujah ini,”katanya.
Katanya beliau sengaja mengabaikan sebutan Negara Sekular kerana berdasarkan pengalaman di Turki istilah tersebut telah disalahgunakan sehingga membawa maksud anti-agama, sedangkan menurutnya istilah sekular bukan bermaksud anti-agama tetapi mengasingkan antara agama dengan pemerintahan.
TERKINI : ANWAR KATA KEBEBASAN AGAMA HAK PERIBADI, BUKAN HAK NEGARA ATAU UNDANG-UNDANG... TERKINI : ANWAR KATA KEBEBASAN AGAMA HAK PERIBADI, BUKAN HAK NEGARA ATAU UNDANG-UNDANG... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:52 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.