HOT : WARKAH YANG PASTI MEMBUATKAN NIK AZIZ HILANG MOOD RAYA..



Assalammualaikum,
Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.

Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.


 
Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, dap. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama karpal singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya dap telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.

Amin Ya Rabbal Alamin.
Asalammualaikum.
HOT : WARKAH YANG PASTI MEMBUATKAN NIK AZIZ HILANG MOOD RAYA.. HOT : WARKAH YANG PASTI MEMBUATKAN NIK AZIZ HILANG MOOD RAYA.. Reviewed by Empayar Pemuda on 6:41 AM Rating: 5

8 comments:

  1. Realitinya dalam 222 bahagian yg wujud, Pas hanya menangh 26 kerusi daripada lebih 80 bahagian yg dimenangi oleh pakatan PR .... selebihnya dimenangi oleh BN ... dan dalam 26 kerusi yg dimenangi oleh Pas se
    bahagiannya kemenangan itu adalah hasil undi pihak bukan Islam dikawasan yg terbabit.

    Umum mengetahui bahawa bukan Islam tidak setuju dgn hudud Pas. Justeru jika Pas masih nak pertahankan hudud ciptaan Pas, kita percaya bukan Islam akan beralih sokongan kepada BN ... dan jugak undi Melayu yg terdiri drpd pengundi atas pagar juga akan beralih ke BN.

    Di kubu kuat Pas yakni Kelantan pun, pihak Pas menang tipis disetiap kawasan yg dimenangi Pas. Kerana itulah utk mendapat sokongan umum rakyat, Pas terpaksa mengorbankan hudud ciptaan mereka. Jadi, jelas disini, mengapa Presiden Pas Hadi Awang gugurkan hudud & beraleh kepada negara kebajikan, semata2 kerana mahukan sokongan undi bukan Melayu ini.

    Nik Aziz pula sedar tentang ini, namun kerana takut akan kehilangan penyokong tegar mereka (Pas), maka dia terpaksa bawa keluar semula hudud dari peti sejuk beku. Jadi, mengapakah kita umat Islam masih nak taksub dgn isu hudud Pas ini ? Tidakkah kita sedar bahawa tindakan Pas mengorbankan hudud Pas ini membuktikan bahawa Pas hanya ckp tak serupa bikin dan hukum Islam hanyalah mainan politik Pas yg terlalu taksub dgn fahaman sempit dan tidak pada realiti zaman yg sebenar..

    Mari kita renungi kata2 Tun Mahathir bahawa UMNO tidak menolak hukum Islam samada hudud atau takzir ... cuma UMNO menolak fahaman hukum Islam yg dipegang oleh Pas yg terang2 bersifat tidak syumul kepada seluruh umat. Hukum Islam mestilah bersifat syumul dan universal ... barulah Islam boleh menyatupadukan umat Muslim. Jika ianya hanya berpihak2 maka hukum Islam itu telah lari drpd landasan sebenar.

    ReplyDelete
  2. INGATLAH SIKIT WAHAI RAKAN2 DIDALAM PAS !!

    KARPAL SINGH SECARA TERANG BERCAKAP - "OVER MY DEAD BODY" LAH KALAU NAK TUBUH NEGARA ISLAM YANG PAS PERJUANGKAN !!

    ReplyDelete
  3. Pas memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu akan terus memperjuangkan kempen penubuhan negara kebajikan sahaja tanpa dibayangi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya negara Islam yang dibimbangi DAP. Pas memberi jaminan hudud hanyalah untuk raih undi simpati daripada umat Islam sahaja

    ReplyDelete
  4. Tali sekerat mengikat pengandar
    Takut patah bila meniti
    Pisaukarat juga yang x sedar-sedar
    DAP menjadi pujaan pujaan hati.

    Pisaukarat memamg buta kayu
    Buta kutu
    Buta kuyu
    Muka x malu
    Otakkarat nama diberiiiiiiii......ooooo..000022222

    ReplyDelete
  5. PAS hanya mempermain2kan istilah Islam dan Hudud. PAS tahu di mana kedudukan mereka dalam Pakatan. Mereka gadaikan ISLAM demi KEBAJIKAN peribadi mereka sendiri yang teringin sangat mengecap kuasa memerintah.

    Penyokong PAS semakin celik, pengikut pula semakin sedar. Hari ini dapat dilihat dengan jelas tidak ada satu pun perjuangan PAS kearah memartabatkan agama Islam. Yang ketara mereka hanya ingin mengorek dan dedahkan kelemahan orang, ingin hancurkan perpaduan ummah. Yang tidak sehaluan dengan mereka semuanya musuh, tidak kira siapa. Demi politik mereka sanggup bersekongkol dengan siapa saja. Hidup dan mati mereka hanyalah untuk politik. Islam hanyalah halwa untuk memaniskan telinga mendengar.

    ReplyDelete
  6. aku hairan...bila DAP lantang menyuarakan tidak menyokong perlaksanan HUDUD ramai org bising,tapi bila MCA lantang menyuarakan tidak menyokong perlaksanaan HUDUD, takde org kecoh...padahal dua2 tu KAFIR.....yg UMNO tak nak melaksanakan HUDUD tu Kenapa...? Bukan kah HUDUD 2 Hak ALLAH,bukan Hak PAS.......!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Kami ada bincang sikit pasal 'Bila masa UMNO tolak hudud?' di http://dinturtle.blogspot.com/2012/08/jom-tengok-abdullah-saamah-mengamuk.html. Mungkin Anon August 17, 2012 3:47 PM dapat merancakkan perbincangan.

    ReplyDelete
  8. Nak tahu sikit sebanyak tentang isu Hudud yang ditentang DAP dan MCA? Lawati link ini...
    http://gelombangkick.blogspot.com/2012/08/wajib-baca-siapa-kafir-harbi-karpal-dap.html

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.