HOT : RAFIZI DITANGKAP DAN AKAN DIDAKWA...


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli ditahan polis pada pagi Rabu atas dakwaan mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).
Beliau akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).
"Saya telah ditahan di bawah Bafia, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau.
"Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi," katanya lagi.
Rafizi didakwa mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
HOT : RAFIZI DITANGKAP DAN AKAN DIDAKWA... HOT : RAFIZI DITANGKAP DAN AKAN DIDAKWA... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:39 AM Rating: 5

6 comments:

  1. Kesian... Sok2 orang da takut buat laporan berkenaan jenayah.. Kang xpasal2 kena tangkap......

    ReplyDelete
  2. Dedah la akaun abg non pulak... dok korek akaun org wat pe???

    ReplyDelete
  3. tak tau undang2 ke..pasti babit kan kerani bank....

    ReplyDelete
  4. staff public bank tu dah tentu la kena suspend pending domestic enquiries. mau menggigil kepala lutut nanti masa interrogation. selalunya akan kena dismissal and further more public bank for sure akan charge staff dia with CBT. kesian la jugak mamat ni.... org putih kata DOUBLE JEOPARDY !!! kalau PKR buang jer mamat tu mcm tu aku tak tau nak ckp laaa....mamat bank tu agaknya pun excited sgt nak tgk benda ni jadi national issue. last2 dia yg nangis tak cukup tisu.... bak kata ustazah bai'yah... "ANDA BUAT, ANDA DAPAT" ......

    ReplyDelete
  5. sebab tu doa org yg teraniaya dimakbul tuhan. dalam kes ni dato' shahrizat !!! yg salah laki dia. SPRM dah bebaskan dato shahrizat then si rafizi ni yg road show sampai dia terpaksa letak jawatan. bukan itu menganiaya org ker??? tuhan mahal adil. tuhan tak kira org yg dizalimi itu miskin atau kaya. org teraniaya dan berdoa terus kepada allah kebenaran akan muncul.....

    ReplyDelete
  6. Kalau Rafizi tak dedahkan kes LUMBU tu tentu la rakyat tak tahu bahawa laki menteri dapat duit untuk disalah gunakan.Dan sekarang Gorge Kent plak. Yang pelik nya mengapa di persalahkan orang yang membantu menjaga kepentingan kita sebagai rakyat. Kalau ada orang bagi tahu bahawa kawan kita dok makan duit kita cara salah adakah kita nak salahkan orang yang bagi tahu itu. Sekarang ramai oarng makin marah sebab dakwa Rafizi. Tapi akhirnya tiada kes juga.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.