HOT : PERBEZAAN KETARA ANTARA MAHATIHR DAN ANWAR......


HANYA orang lembap sahaja yang menjajakan nama Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator.

Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr. Mahathir secara tidak langsung sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan secara langsung sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

Memang benar beliau terlalu ketat menetapkan sasaran kerja pegawai dan menteri Kabinet. Semasa di Bahagian Pencen, saya pernah menerima arahan daripadanya untuk menyediakan kertas Kabinet pada pukul 4.30 petang dan perlu disiapkan malam itu juga untuk mesyuarat Kabinet pada keesokan harinya.

Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya untuk menyiapkan kerja yang diberi, tanpa bantuan setiausaha kerana ketika arahan diterima melalui telefon, beliau telah pulang.

Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana diberi peluang melakukan ujian seperti itu semasa saya bekerja sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pencen lagi.

Semasa saya bekerja di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan di bawah Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim - iaitu sebagai Setiausaha Majlis Pembangunan Negara dan Setiausaha Kabinet mengenai Infrastruktur dan sebagai ahli dalam pelbagai mesyuarat penting lain, Dr. Mahathir sentiasa serius tetapi memberi peluang berbincang dengan bebas tanpa meninggikan suara.

Arahannya mudah difahami dan sasaran kerja yang ditetapkannya sentiasa mencabar minda dan kesabaran.

Kenapa begitu? Beliau pernah menyatakan bahawa 'minda seseorang itu kalau tidak dicabar atau tidak tahan diuji, tidak akan berkembang'.

Berlainan pula Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam mesyuarat saya pernah menyaksikan beliau meninggikan suara menegur kesilapan seseorang termasuk Timbalan Menteri, ahli Exco Negeri Pulau Pinang dan Ketua Jabatan.

Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi sasarannya. Dalam hal memberi keputusan Dr. Mahathir sentiasa konsisten berpandukan dasar yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan kerja kami di UPP menjadi 'mudah' walaupun tanggungjawabnya amat berat. Tetapi Anwar Ibrahim ada sekali sekala memberi kami kesulitan apabila keputusan dan arahannya bercampur baur dengan kepentingan politik.

Walaupun saya bukan ahli politik, tetapi pilihan saya antara kedua-duanya sebagai ketua yang berwibawa dan berjiwa besar adalah Dr. Mahathir.

DATUK SYED ALWI SYED NORDIN
Lenggong, Perak
HOT : PERBEZAAN KETARA ANTARA MAHATIHR DAN ANWAR...... HOT : PERBEZAAN KETARA ANTARA MAHATIHR DAN ANWAR...... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:32 AM Rating: 5

7 comments:

  1. Tun memang terbaik

    ReplyDelete
  2. Sy umur 25 taun..sgt minat dunia politik.sy org berniaga,slalu travel mrata.hasil pengalaman dan bersalaman dgn ramai org dr utara hgga selatan sy simpulkn, rakyat yg sokong pkr rata2 mindanye dah dijajah dgn ideologi2 pkr yg sbenarnye ssh utk dilaksanakan kalaupun diorg dpt tawan putrajaya pru13 nt.survive cost tinggi,brg mkin mahal, bila pkr tabur janji nk bg itu percuma ini percuma,ada yg percaya n mgharap jnji tu akn trlaksana.mggu lepas di tg.karang ada sorg client sy pgkat pak cik tibe2 kua statement yg malaysia gawat taun 98 dlu adalah agkara che det.sy bgtau bkn malaysia je yg gawat in fact 1 dunia,ekonomi dunia bkn kite yg kawal.tp pak cik tu ckp sy trlalu muda utk faham.ape pun tak boleh

    ReplyDelete
  3. Sorang Bapa Pemodenan Malaysia, sorang lagi BAPA DEMONSTRASI JALANAN Malaysia....
    Lu pikirlah sendiri

    ReplyDelete
  4. sham_mj205 -Awal September 1998 Anwar Ibrahim kena pecat dari TPM.Kita gawat thn 1997.Mungkin pakcik tu penyokong buta tuli Nuar.Pakcik tu pun tak tau kenapa jiran kita Singapore tak terima tempias pada masa itu.Dia tau tak Nuar tu salah seorang dari Asia yg ada jawatan dlm IMF pd masa itu.Apa hubungkait Yahudi singapore & Nuar? Jadi siapa penyebab gawat?

    ReplyDelete
  5. TUN ADALAH IDOLA AKU!! yg sorang lagi tu wat porak perandakan negara je tau... kemaruk sangat nak jd PM ... f**k DAP .. ass holl PKR .. PAS cam lembu kena tarik idung x de pendirian!! sorry to say..

    ReplyDelete
  6. Teringat sorang driver teksi bangsa cina penah kata kat aku,"Tadak Mahathir tadak Malaysia".(Tiada Mahathir tiada Malaysia).

    ReplyDelete
  7. mcm jalut talut ...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.