HOT : PEDIH BETUL KATA-KATA TUN MAHATHIR INI PADA ANWAR...??


Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.
"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara membangun yang cukup maju.
"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita.
Dr Mahathir berkata kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak begitu kuat dalam menyatukan orang Melayu berikutan perpecahan dalam kalangan kaum berkenaan.
"(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat," katanya.
Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada Umno. - BERNAMA
HOT : PEDIH BETUL KATA-KATA TUN MAHATHIR INI PADA ANWAR...?? HOT : PEDIH BETUL KATA-KATA TUN MAHATHIR INI PADA ANWAR...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:36 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.