Sunday, August 19, 2012


Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).


Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.


Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.


“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.


Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.


“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.


“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.


Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.


“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.


“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.


“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.


“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya. - Sinar

8 comments:

Anonymous said...

MAHATHIR Kutty merepek menjelang Raya. Mantan PM yang terkenal sebagai tokoh menentang hukum Hudud ini menyebut bahawa Hudud hanya boleh dilaksanakan jika PAS bersama Umno. Sama seperti jika kita dengar Ketua Perompak menasihatkan Pengurus Bank agar mengupah budak-budak dia untuk mengawal bank jika mahu bank 'selamat'.

Mahathir tahu hayat Umno semakin kritikal sekarang dan Umno tiada pilihan lain untuk meneruskan hayatnya melainkan mesti mendapat sokongan PAS. Umno sudah tidak boleh berharap dengan MCA, MIC, Gerakan dan jauh sekali dari parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak. Usaha untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu Hudud banyak makan tuan kerana MCA baru-baru ini sebut jika tidak mahu Hudud, sokonglah MCA.

pelik bin ajaib apabila Mahathir sebut Hudud hanya boleh terlaksana jika PAS bersama Umno. Jika itu teorinya, sejarah pernah memperlihatkan PAS bersama Umno berpuluh tahun dahulu. Adakah ketika itu ada usaha-usaha dari Umno untuk merealisasikan hukum Hudud? Bahkan, Umno membuli PAS semahu-mahunya sehingga PAS terpaksa membawa diri sendiri.

Alangkah hebatnya Umno sehingga tidak tertegak hukum Allah di bumi ini tanpa berbaik dengan Umno. Melucukan, yang bercakap itu pula tokoh yang pernah mempersendakan Sunnah Nabi dan hukum Hudud itu sendiri. Kelakar juga yang bercakap itu anaknya pernah mempunyai saham di dalam industri arak.

Cukup-cukuplah Umno berpolitik seperti tiada arah. Semua jadi serba salah buat Umno sekarang. Masalah paling besar Umno sekarang adalah rakyat tidak lagi percaya dengan parti ini walaupun kadangkala yang dibuatnya itu baik, tetapi rakyat tetap akan kata Umno tidak akan buat baik jika tidak bersebab. Umno mahu berbaik dengan PAS pun rakyat sudah tahu apa muslihatnya. - wfaudzin

Anonymous said...

Dulu hj hadi kata kerjasama dgn org kapir haram. Skrg PAS kerjasama dgn DAP. Mmg pakar jilat ludah sendiri. LOL.

Ahmad Shukri Mokhtar said...

mamat kat atas tu bukan sokong hudud pun., saja jer nak menyakat..
Islam agama perpaduan, bukan pembawa perpecahan dan melebihkan al kafirun dari muslim.. Isle ala Pas isle perpecahan, isle penjatuh hukum tanpa bicara.. Mudah bebenor mengkafirkan org yg tidak bersetuju dgn mereka.
Tun Mahathir tidak menentang Hudud Allah, beliau menentang hudud Pas.. Anda kena paham betul2.. Pas agama baru, tiada kena mengena dgn Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.. Mungkin juga adalah bidaah krn zaman Nabi dulu baginda tidak masuk mana2 parti politik untuk berdakwah..

Anonymous said...

Kau punya BM fail lah bro! Kau tak reti baca artikel tu ke? Bodoh!

Anonymous said...

kalau mahathir kutty tak had kan ringit pada rm3.80, da lama malaysia jatuh bankrup kalau ikut anwar jubri. kalau negri da bankrup dan hura hara, jgn kata hudud, apa2 pun dah tak leh laksanakan. antara bn and pakatan, bn lebih terselah dan terbukti kehebatan mentadbirkan negara. org melayu jadi pandai pun pasal bn yg kasi belajar free sampai kemenara gading. da pandi pulak nak lawan taukeh. ni la tak tahu bersyukr nikma yg Allah beri.

Anonymous said...

Sampai bilalah PAS nak menipu rakyat ni? Negara Kebajikan mana lah yang nak buat hudud kerana yang buat hudud itu cuma negara-negara Islam saja. Itu pun hanya segelitr sahaja yang buat hudud. Lagi pun banyak negara-negara Islam yang diiktiraf oleh OIC tidak mengamalkan hudud dan menggunakan sistem sekular seperti Indonesia, Mesir, Syria, Jordan, UAE, Qatar, termasuklah Malaysia.

Nampaknya PAS bukan saja menipu rakyat tetapi juga menipu DAP dan PKR dimana tak lama dulu PAS sendiri bersutuju mahu menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam dan ganti dengan negara kebajikan. Kata Hadi Awang, Quran sendiri pun tak sebut tentang negara Islam, cuma menyebut negara kebajikan saja.

Sudah tentu pendirian PAS sekarang amat mengelirukan rakyat. PAS kata mereka sokong negara kebajikan, tetapi pada fahaman rakyat mahren, tidak ada satu
pun negara kebajikan di dunia yang hendak melaksanakan hudud. Yang hendak melaksanakan hudud semuanya negara-negara Islam. Itu pun disebabkan mereka mempunyai majoriti penduduk Islam lebih daripada 90%, barulah hudud dapat dilaksanakan.

Jadi ini bermakna PAS bukan saja menipu rakyat tetapi juga menipu rakan-rakan pakatan mereka sendiri. Jika PAS tidak bermaksud mahu menipu rakan-rakan Pakatan mereka, ini bermakna PAS memang bermaksud mahu menipu rakyat iaitu hanya menyubut hudud untuk memancing undi orang Melayu saja.

Sebab itu aku berani kata bahawa PAS ini memang KUAT PEMBOHONG, malah DAP dan Karpal yang kafir itu pun tidak pandai berbohong macam PAS. Semua orang tahu pendirian DAP sentiasa konsisten sejak dari dulu hingga sekarang bahawa DAP tidak pernah mahu menerima hudud sebagai undang-undang di negara ini.

Tidak seperti PAS, sanggup mengakafirkan UMNO kerana dikatakan tidak mahu manjadikan Malaysia negara Islam sama seperti Arab Saudi, kemudian PAS bermegah-megah pula dengan Negara Kebajikan yang mereka sokong sekarang kononnya istilah negara Islam pun tidak pernah disebut dalam Quran, dan sekarang nak guna semula isu hudud sebagai bahan kempen mereka pada PRU kali ni.

Sebab itu Tun Dr Mahathir kata kalau PAS benar-benar Ikhlas nak buat hudud, PAS kenalah masuk UMNO dan ikut hudud cara UMNO inginkan iaitu hudud mestilah dilaksanakan keatas semua rakyat sama seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi, maka itu barulah undang-undang Islam itu dikatakan ADIL UNTUK SEMUA sama jugak seperti slogan Pas pun iaitu PAS FOR ALL. Malangnya “ALL” yang ada dalam PAS sekarang lebih ramai yang menentang hudud Kerana mereka sokong PAS lebih bermotifkan mahu menjatuhkan UMNO daripada ingin melaksanakan hudud. Jadi lebih baik PAS HENTIKAN SAJA PEMBOHONGAN MEREKA YANG UNTUK MENGUMPAN UNDI ORANG MELAYU.

Anonymous said...

Ayat biasa yang umno terasa "PAS kafirkan UMNO" hahaha. aku rasa ramai yang terasa dalam umno kerana Byk perbuatan dalam umno memunafikkan sehingga membawa kekafiran! nauzubillah. tak payah nak berdolak dalih lagi. insafkanlah diri tu. kembalilah kepada ajaran agama yang benar. Rasulullah dulu berdakwah, berperang dan mentadbir negara! takkan sama kita dengan zamannya walau zaman sahabat sekalipun. KORANG semua yang tolak ajaran islam yang benar sebenarnya HIPOKRIT! kembalilah kejalan ALLAH yang sebenar-benarnya.

Anonymous said...

Saper kata PAS islam...besekongkol ngan kafir harbi yang nk menjatuh kan islam tu dipanggil islam ker..bodoh org2 PKR nie...org x gie sekolah boleh la korang perbodoh kan..sudah2 la tu...Dah tau pemimpin ko tu x betul sebenarnyer tpa disebabkan ego dan malu nk terima kenyataan manusia jadi bebal..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.