Monday, August 13, 2012


Mahkamah Bahrain semalam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang lelaki puak Syiah selepas didapati bersalah menghina isteri Rasulullah SAW, Aisyah di Internet.

Lelaki berusia 19 tahun itu dilaporkan menggambarkan keperibadian Aisyah dengan kata-kata berbentuk penghinaan dan memalukan.
Aisyah merupakan tokoh dihormati di kalangan puak Sunnah. - REUTERS

EP heran kenapa tidak ada seorang pun dari mereka yang bergelar ketua - ketua Agama Islam, Mufti Negeri atau Ketua Pengarah JAKIM, JAIS, MAIWP atau mana mana berani menyanggah pandangan Nik Aziz. Apa sebabnya? Adakah ketua-ketua Agama Islam di Malaysia kebanyakannya tak cukup ilmu agama Islam pun atau tidak berkeyakinan hendak menyanggah Nik Aziz? Sebab itu mereka memilih memekakkan telinga, membutakan mata dan diam membisu terhadap penghinaan Nik Aziz kepada Nabi Muhammad s.a.w? Nasib baik ada Ustaz Kazim memperbetulkan akidah umat islam yang lain..


Adakah kita boleh bermursyidkan seseorang yang mengajar seperti itu? Mana perginya pertimbangan orang-orang yang mengangkatnya sebagai ketua sebuah parti yang dulunya riuh ingin mendirikan sebuah negara Islam di Semenanjung Tanah Melayu ini? Sesat dan menyesatkan! Itulah hakikatnya metodologi ajaran Nik Aziz. Makanya EP secara total menyokong pendapat dan pandangan Ustaz Kazim Elias didalam menyanggah ajaran songsang Nik Aziz tentang Nabi Muhammad s.a.w junjungan besar kita selaku ummatnya.

Ada beberapa hadis dan riwayat-riwayat yang menyebut tentang kelahiran Baginda saw berlainan dengan cara bayi-bayi lain dilahirkan.

Sebagaimana berkata Aminah bonda Rasulullah saw: ketika aku melahirkannya, dia (Nabi saw) berlutut degan kedua lututnya sujud, memandang ke arah langit kemudian menggengam segenggam tanah dalam keadaan jari telunjuknya terangkat ke atas seperti orang menghinakan dan merendahkan diri kepada Allah swt.


Lagi diriwayatkan


Berkata Ikrimah: ketika Aminah melahirkan Muhammad saw, maka beliau meletakkan di dalam sebuah bakul dan setelah itu aku mengangkat bayi tersebut. Beliau berkata: Aku melihat bayi tersebut, pada waktu itu matanya terbuka dan melihat ke langit.


Sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan tentang perbezaan cara kelahiran Baginda saw dengan kelahiran bayi-bayi lain. Jika hendak dihurai satu persatu peristiwa yang berlaku sudah tentulah mengambil masa yang lama kerana banyak sangat cerita yang menarik dan ajaib tentang kelahiran baginda saw. Antara yang boleh EP sebut di sini berhala tersembang ke tanah di hari kelahiran Baginda saw, bulan purnama berkata-kata dengan baginda saw semasa Baginda dalam buaian, Baginda lahir dalam keadaan bersih dan sudah dikhatankan, Baginda saw juga dilahirkan tanpa tali pusat sebagaimana bayi-bayi lain, syaitan berteriak semasa kelahiran baginda saw dan sebagainya.


MARI KITA RUJUK PULAK DALIL DAN HADIS TENTANG MENYAMBUT HARI MAULID NABI SAW:

Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a menyatakan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka dia akan menjadi temanku di syurga.

Telah berkata saiduna Umar al-Khattab r.a: sesiapa yang membesarkan hari kelahiran Nabi saw, maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam.


Telah berkata saiduna Uthman Ibn ‘Affan: sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi saw, maka seolah-olah dia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain.


Telah berkata imam as-Syafi’ie: sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulid Nabi saw, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab dibaca maulid Nabi saw itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah swt pada hari kiamat bersama ahli siddiqin, syuhada dan para solihin serta berada dalam syurga-syurga naim.
 

** BAGI EP NIK AZIZ NI TAK UBAH SEPERTI AYAHPIN.. PATUT TAHAN DAN SUMBAT JE DIA DALAM PENJARA SELAMA 2 TAHUN SAMA MACAM HUKUMAN LELAKI DI BAHRAIN TU.. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT..

4 comments:

Anonymous said...

pok nik kambing tua ni ular dalam semak apa nak heran

Anonymous said...

Inilah akibatnya jika politik dilebihkan dari Islam. Islam hanya diperlatkan untuk kepentingan politik. Insaflah wahai penyokong PAS.

Anonymous said...

puak pas mesti takut nak baca pasal tok guru ajaran diorang ni..kah kah kah kah

Anas said...

yang ni betul sangat...ramai orang pas tak sedar ttg benda ni, terlalu mengagungkan nik aziz padahal tak ada apa pun

mengaji akidah tak pernah, kemudian isu akidah pula tak amik berat, bila org hentam nik aziz dikatanya kita umno pula padahal kita tegur dia punya akidah

itu tak masuk lagi yg sorang tu bwah pengaruh syiah

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.