HOT : NEELOFA SALAHKAN PIHAK KETIGA @ MEDIA DALAM ISU SIKAPNYA YANG LUPA DIRI??


**Kalau perkara ini tak serius...tak kan la Datuk Yusof Haslam nak tegur bintang pilem ni menerusi media.....hehehehee...mesti dia ada sebab mengapa Datuk Yusof Haslam buat begitu....

Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.
"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.
"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.
"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.
Datuk Yusof Haslam
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.
Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.
Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah. -Mstar
HOT : NEELOFA SALAHKAN PIHAK KETIGA @ MEDIA DALAM ISU SIKAPNYA YANG LUPA DIRI?? HOT : NEELOFA SALAHKAN PIHAK KETIGA @ MEDIA DALAM ISU SIKAPNYA YANG LUPA DIRI?? Reviewed by Empayar Pemuda on 2:20 AM Rating: 5

1 comment:

  1. ALA...APA NAK HERANKAN SIKAP DIA SEKARANG. NAMAPUN NEELOFA...= DALUPA. JADI SESUAILAH PERANGAI BURUK DIA TU NGAN NAMA DIA. MEMANG MANUSIA JENIS NI APA LAGI YG DIA INGAT..KATA DA MCM KELUARGA DEKAT. MAK BABAK PUN KENAL DEKAT NGAN DATUK HASLAM. JADI BILA DA DEKAT TU, MAKNA BILA DA KERAP KALI ANTA SMS ATAU TEL TU ANGKATLAH ATAU BALASLAH..NI TIDAK, NAK TUNJUK PERANGAI YANG CANTIK. AKUPUN HERAN, KAT MANA YANG ORG KATA DIA POPULAR DALAM BERLAKUN TU..BUAT GEMPAK BERGADUH SANA SINI TU POPULARLAH NAMANYA..PTUUII..SAMPAH. MENYEMAKKAN MATA AKU JE. DATUK CARI ORG LAIN JE..MAKHLUK NI MMG JENIS TAK KENANG BUDI PUNYA.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.