Tuesday, August 7, 2012



Ia bukan sekadar hidangan percuma yang dinikmati oleh ribuan orang yang berpusu-pusu ke restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, tetapi ia juga satu cara bagi mereka untuk meraikan prestasi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik London 2012.
Set makan malam lazat, yang dijanjikan oleh pemilik restoran Burhan Mohamed adalah kemuncak kemenangan apabila ramai orang beratur di sekeliling blok bangunan restoran untuk menunggu nasi briyani kukus, ayam rendang, telur dan minuman kordial oren dihidangkan.

Burhan berkata beliau amat berbangga dengan prestasi Lee dalam perlawanan badminton peringkat akhir yang mendebarkan menentang pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan, yang membawa pulang emas Olimpik buat kali kedua.
"Saya fikir Chong Wei benar-benar telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan dia masih lagi wira negara yang boleh dibanggakan," katanya, sambil menambah bahawa semua cawangan beliau penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan yang menonton perlawanan pada malam Ahad.
Beliau pada mulanya mengumumkan minggu lalu akan mengadakan majlis makan malam percuma pada hari Isnin pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam jika Lee merangkul emas.
Bagaimanapun, beliau mengubah fikiran kerana beliau kagum dengan prestasi cekal Lee yang telah melakukan yang terbaik walaupun mengalami kecederaan buku lali di Piala Thomas pada Mei.
Harapan Malaysia telah disematkan pada Lee untuk membawa pulang emas pertama Olimpik sejak negara mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun 1956 tetapi tidak menjadi.
** walaupun kalah kepada Lin Dan, EP bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh DLCW..bukan mudah untuk capai tahap dimana DLCW berada sekarang....tetapi malangnya ada juga rakyat malaysia yang bodoh dan bengap memperkecilkan usahanya...
EP tak faham bagaimana seorang pemimpin seperti Manoharan boleh menulis kenyataan di Twitter sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...". fikir-fikirlah sendiri...

4 comments:

Prince Righty I said...

Kalau ManoHARAM tu main badminton, mcm mana rasanya ek? Rasanya bukan setakat pingat perak, tempat terakhir kot... lawan budak sekolah belum tentu menang si manoHARAM ni... Dasar pariah tak sedar diri...

Alif Yusof said...

Terbaik la. Mohon share.

aswadz said...

biasa la. org yg reti komen, mmg spjg masa akan komen. maen blom tentu lg.

Bollywood Girls said...

Lebih 18 + panas menunjukkan di sini

Mrinalini Sharma Photo Gallery

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.